Cara Untuk DIY Rak Kasut Memuatkan 100 Pasang Kasut

1,309 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan sebuah projek diy sememangnya antara projek yang penat namun pada masa yang sama ia memberikan kebahagian selepas hasilnya siap. Tidak dinafikan untuk melakukan diy ini memerlukan sebuah kesabaran dan juga kemahiran yang tinggi.

Seperti yang dikongsikan oleh Airiel Ibnu Sufian ini, beliau telah berkongsikan hasil diy rak kasut yang telah dilakukan olehnya. Menurutnya lagi, bahan-bahan untuk melakukannya juga adalah kayu pine sahaja.

Jadi, melalui perkongsian di Facebook beliau. Beliau menunjukkan cara untuk diy rak kasut tersebut dari awal hingga akhir. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Ini Melakukan Sebuah DIY Rak Kasut Yang Simple. Bahan Hanyalah Kayu Pine Sahaja.

Assalamualaikum. Ini post Abang yang ke 100 dah. So, sempena post yang keseratus ni, Abang buat rak kasut yang boleh memuatkan 100 pasang kasut dalam satu masa. Yang tempah ni, owner kedai baju budak. Kalau nak buat untuk rumah korang pun boleh.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Cara Untuk Membuat Projek DIY Rak Kayu Ini

Inilah dia beluti pine yang telah pun diketamkan. Panjang kayu ini adalah 8 kaki. Ini sebab owner yang inginkan. Jadi, kita turut sahaja.

DIY Rak Kasut

Ini juga merupakan kayu pine yang telah pun dibelah dan dipotong. Untuk kayu ini adalah untuk dijadikan sebagai tapak letak kasut. Sebanyak 100 keping perlu dilakukan.

Selepas siap membuat tapak kasut tersebut. Skru kan pada kayu pine tersebut agar kelihatan seperti ini.

DIY Rak Kasut

Seterusnya kita pergi pula kepada spray. Saya spray warna hitam sebab owner yang inginkan.

Dah siap semua kita lekatkan di dinding.

DIY Rak Kasut

Inilah dia hasil akhir diy rak kasut yang dilakukan ini. Simple jer sebab owner nak yang simple-simple.

DIY Rak Kasut

Kredit : Airiel Ibnu Sufian

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down