Bilik tidur merupakan ruang rehat yang sering menjadi fokus utama oleh pemilik rumah bagi memastikan kita dapat berehat di dalam keadaan yang damai dan selesa.
Penghasilan dekorasi yang menarik mampu menghadirkan satu mood yang ceria sewaktu ingin tidur. Ubahsuai bilik ini dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Nurazlin Ahmad. Beliau telah melakukan ubahsuai dengan cara DIY bilik tidur yang cukup kreatif dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Hasil DIY untuk bilik tidur.
Belajar dari group ini, alhamdulillah maka terhasillah dinding ini. Terima kasih kepada yang selalu memberi tunjuk ajar.
Langkah-Langkah :
Langkah pertama, lukis di dinding ikut saiz yang dimahukan.
Beliau menggunakan kayu MDF bersaiz 6mm x 125mm x 4ft.
Hasil tampalan mengikut saiz yang telah diukur.
Kemudian, proses melakukan undercoat dilakukan. Cat undercoat yang digunakan adalah Jota Shield Primer
Hasil lapisan pertama dengan menggunakan cat Jotun majestic Antique Green (code 7629).
Inilah hasilnya setelah accent wall selesai di touch-up.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk menghasilkan dekorasi bilik seperti ini.
Selamat mencuba.