Projek DIY Bumbung Lutsinar Pada Halaman Luar Rumah

2,654 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bestkan kalau ada atap ataupun bumbung yang lutsinar pada halaman luar rumah. Dengan adanya bumbung lutsinar ni memang sesuai kalau nak menjemur baju, bercucuk tanam dan dijadikan ruang untuk berehat. Kalau hujan pun tidak akan basah, menjemur baju pun akan kering.

Pengguna facebook dengan nama محمد سنوسي berkongsikan sebuah projek terbarunya iaitu projek DIY bumbung lutsinar yang memakan modal sebanyak RM4k. Jarang untuk melihat orang menggunakan bumbung lutsinar ini.

Bumbung lutsinar ini sememangnya mahal jika dibeli yang sudah siap dibuat. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk diy sahaja mengikut bajet yang ditetapkan. Jom kita melihat apa bahan yang diperlukan dan proses membuat diy bumbung lutsinar ini.

Projek DIY Bumbung Lutsinar Pada Bahagian Halaman Luar Rumah Bermodalkan RM4K

Hari ni siap dah projek diy bumbung lutsinar kawasan ampaian yang Mokcik mintak. Lepas ni dah tak payah lari-lari angkat kain hujan jemuran dah turun. Saiz 12 kaki panjang x 26 kaki lebar.

Total Kos Untuk Membuat DIY Bumbung Lutsinar Ini

  • Besi hollow 2.3mm (11 batang) = RM792
  • Atap lutsinar 1.8mm = RM1344
  • Hollow Polycarbonate (tebar layar) = RM105.30
  • Skru = RM10
  • Wall plug achor sleeve = RM9
  • Welding rod = RM10
  • Silikon awning = RM18
  • Cat oxide primer = RM26.30
  • Cat topcoat Nippon = RM153
  • Cutting disc = RM10
  • UPVC pipe 3 inci x 2 batang (jadi gutter utk rain harvest) = RM110
  • Upah pekerja 2 orang x 5 hari = RM1300

Total barang & upah lebih kurang RM3900 ke RM4000

Proses Dalam Membuat DIY Bumbung Lutsinar Ini Di Halaman Rumah

Atap lutsinar yang dibeli dikedai angkut sendiri jer sebab nak jimat dari bayar kos lori harga RM120.

Sendiri design pattern untuk atap lutsinar ni dan sendiri tanggung risiko jika berlaku apa-apa.

DIY Bumbung Lutsinar

Pakai Polycarbonate Corrugated yang paling tebal. Saya menggunakan 1.8mm.

DIY Bumbung Lutsinar

Dah settle bahagian atap, beralih kepada proses spray primer anti karat dulu kat besi hollow dulu.

Settle spray sudah tima masanya untuk pacakkan besi ni pada bahagian halaman rumah.

DIY Bumbung Lutsinar

Susun dulu atap lutsinar ni kat atas.

Dah settle susun kemaskan atap tersebut menggunakan gutter DIY pakai paip 3 inci. Gutter ready made macam besar sangat & tak cun.

DIY Bumbung Lutsinar

Yang tak best sikit sebab nampak rangka. Kalaulah ada besi yang warna transparent.

Ni karang dah bertahi burung, berdaun kering, berkulat. Pokcik juga yang kena cuci, kan?

DIY Bumbung Lutsinar

Pandangan daripada atas atap ini. Mokcik nak jemur baju ker, menanam ker ikut suka hati dialaaah.

DIY Bumbung Lutsinar

Kredit : محمد سنوسي

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down