Projek DIY Wainscoting Pada Dinding Bawah

4,837 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemasangan wainscoting pada dinding rumah sering dilakukan secara sendiri sahaja oleh pemilik rumah. Hal ini kerana, ia lebih menjimatkan dan penghasilannya juga tidak begitu rumit.

Disebabkan ianya boleh dilakukan sendiri, pemilik rumah ini yang bernama Nor Arina Abdul Rashid telah melakukan sendiri projek DIY wainscoting pada dinding bahagian bawah ruang tamu rumahnya supaya lebih kelihatan menarik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita lihat proses penghasilan yang dilakukan ini.

Projek DIY Wainscoting Pada Dinding Bahagian Bawah

Projek DIY wainscoting bermodalkan bawah RM200.

Semua barang-barang husband beli di Shopee sahaja.

Senarai barangan yang digunakan :

  • PVC wainscoting beli di iDeco DIY.
  • Pemotong itu nama dia Mitre.
  • Gam pula boleh search Vital Nail.

Bahagian dinding bawah yang ingin dipasang wainscoting tersebut.

Projek DIY Wainscoting

Wainscoting diukur dan disusun terlebih dahulu sebelum dipasang pada dinding.

Projek DIY Wainscoting

Sebelum dilekatkan pada dinding, ia perlu disapu dengan gam vital nail terlebih dahulu.

Projek DIY Wainscoting

Selepas dilekatkan, ia perlu ditampalkan dengan salotape supaya ianya tidak jatuh.

Projek DIY Wainscoting
Projek DIY Wainscoting

Apabila gam sudah mula kering, salotape tersebut dibuang serta merta.

Projek DIY Wainscoting
Projek DIY Wainscoting

Proses seterusnya pemotongaan wainscoting untuk dijadikan panel pemisah pada bahagian dinding.

Projek DIY Wainscoting

Panel pemisah mula dipasang.

Projek DIY Wainscoting

Inilah hasil keadaan bahagian dinding bawah setelah selesai dilakukan.

Projek DIY Wainscoting
Projek DIY Wainscoting

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down