Sangat jarang kita lihat dekorasi dinding pada bahagian rumah kediaman berkonsepkan 3D, mampu dihasilkan oleh pemilik rumah itu sendiri dengan cara DIY.
Namun, itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Mustaqim Mustapha. Berbekalkan kayu MDF dan kreativiti yang dikurniakan untuknya. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY dekorasi dinding konsep 3D pada ruang makan rumahnya.
Untuk melihat proses DIY yang dilakukan ini, boleh teruskan bacaan di bahagian bawah ini.
Siap satu deco pada ruang dinding yang dibuat secara DIY.
Langkah pertama, potong kayu MDF tersebut guna grinder sahaja. Bagi menghasilkan sudut 45 darjah itu, beliau guna kayu seperti gambar di bawah ini untuk guide pemotongan, konsepnya ala-ala macam mitre juga. Tak kisah apa yang digunakan asalkan dapat sudut yang betul.
Cara untuk kira saiz kayu yang dipotong boleh lihat dibawah.
Sebanyak 120 keping kesemuanya setelah selesai dipotong.
Setelah proses pemotongan selesai, kini kita teruskan dengan aktiviti menampalnya pada dinding pula.
Kalau sekali pandang, sudah macam sticker pun ada. Betul tak?
Proses seterusnya menyapu sealer pada bahagian dinding tersebut.
Sealer selesai disapu.
Inilah hasil bahagian dinding selepas selesai didekorasikan dengan cara DIY.
Konsepnya betul seakan 3D, cukup menarik dan kreatif apa yang dilakukan olehnya.
Jika guna kayu yang mempunyai ketebalan 6mm, mungkin akan lagi cantik kesan 3D yang dihasilkan itu.
Kalau gambar di ambil dari 3 arah sudut yang berbeza, effect 3D gambar tersebut juga akan kelihatan berbeza. Sangat unik dan kreatif penghasilan dekorasi dinding seperti ini. Kalau ada spotlight dan halakan pada dinding tersebut akan kelihatan lebih wow.
Bahagian dinding ruang makan setelah meja makan dibawa masuk. Pengguna dekorasi dinding sebegini cukup mempengaruhi keadaan sekeliling dan mampu menimbulkan satu suasana yang lebih ceria.
Itu sahaja perkongsian projek DIY pada kali ini. Diharap ia dapat memberi idea kepada semua pembaca di luar sana untuk hasilkan dekorasi dinding secara DIY.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.