Siapa yang tak suka bermain permainan video kan? Rata-rata semua orang cukup menyukai dan meminati akan perkara tersebut.
Jadi, bagi menjadikan ruang tempat kita bermain permainan video itu lebih selesa dan menarik. Apa kata kita cuba hasilkan satu ruang khas seperti gaming station.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Alffian Jasni, beliau telah menghasilkan satu ruang gaming bersama keluarga yang cukup cantik dan wow.
Jadi, jom sama-sama kita lihat bagaimana ruang ini dihasilkan sendiri olehnya.
D I Y Game station room for my kiddo.
Ramai tak percaya saya buat untuk kanak-kanak.
Barangan yang akan digunakan bagi menghasilkan ruang gaming.
Proses menebuk lubang dilakukan.
TV bersaiz kecil dipasang di bawah itu.
Rak gantung juga dipasang pada sebelah kiri TV tersebut.
Game konsol disusun pada rak gantung tersebut.
Okey sudah boleh bermain permainan video bersama keluarga.
Beginilah rupa ruang gaming yang telah siap dideco.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea buat semua pembaca dalam menghasil ruang gaming bersama keluarga.
Selamat mencuba.