Cara Untuk DIY Wall Divider Yang Cantik Didalam Rumah

8,251 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Wall Divider ini bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, dengan adanya DIY Wall Divider ini dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru untuk hasilkan ruang tambahan dalam rumah.

Anda perlu periksa ruang udara dan cahaya seperti tingkap dan pintu pada ruangan tambahan yang bakal dibina nanti.  Jika ruang yang dipisahkan itu adalah ruang privasi seperti bilik solat, pastikan divider dibuat daripada bahan kalis bunyi untuk mengelakkan gangguan semasa solat.

Ikuti perkongsian menarik daripada lelaki yang dikenali sebagai Abdul Aziz Karia melalui laman facebook beliau tentang cara DIY wall divider dalam rumah. Walaupun bukan tukang rumah, tapi hasil kerja memang terbaik!

Cara Mudah & Senang Untuk DIY Wall Divider Yang Memisahkan Ruangan Rumah Anda

Alhamdulilah selesai juga diy divider. Perlahan2 kayuh. Saya ada share cara membuat nya. Harap dapat membantu

Bahan-Bahan Yang Diperlukan 

Proses Untuk Melakukan DIY Divider Bajet

Medium density fibre (MDF) 12mm, jimat kos tidak mampu guna blockboard atau plywood. Finger join wood 1 x 2.

diy divider dalam rumah

Tablesaw kesayangan saya. Biar cabuk tapi sangat significant.

Proses pemotongan menggunakan tablesaw.

Untuk lekatkan finger join dan mdf saya gam guna woodglue dan taping screw.

diy divider dalam rumah

Formaica laminated sheets. Bukan wallpaper.

Pemotongan laminated ni kena lebihkan dari mdf. Saya gam menggunakan solid 8000.

diy divider dalam rumah

diy divider dalam rumah

Ini pemain utama iaitu X bond. Memang kuat lekatan dan lebih kukuh untuk digunakan.

diy divider dalam rumah

Pemasangan divider pertama.

diy divider dalam rumah

Hasil Akhir DIY Divider Yang Dilakukan Ini

Inilah dia hasil akhir diy yang dilakukan. Biasa sahaja namun puas hati kerana ia merupakan hasil diri sendiri.

diy divider dalam rumah

Sumber : Abdul Aziz Karia

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
April 26, 2022
Dikemaskini pada
April 26, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down