Jika dirumah ada kabinet atau almari lama, seeloknya jangan dibuang kerana ia boleh diperbaharui semula dengan gaya baru.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Amirul Hamzah. Beliau telah melakukan projek DIY kabinet lama tersebut lalu ditukarkan menjadi baru.
Jadi, jom kita ikuti perkongsian ini.
Benda masih boleh pakai. Jangan dibuang ye.
Rupa kabinet ini sebelum diubahsuai.
Ada yang tanya, cat nippon memang khas untuk kayu ke? Jawapannya adalah tidak, ia boleh digunakan cat kayu dan cat besi juga.
Inilah hasilnya setelah almari diletakkan pada ruang menonton tv. Terus nampak baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca. Selamat mencuba.