Projek Youtube DIY Mirror Featured Wall Pada Bahagian Dapur

182 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tak semua orang antara kita ni semuanya pandai melakukan DIY secara semulajadi. Ada yang perlu guide daripada yang dah mahir malah kadang-kadang media sosial seperti facebook, youtube menjadi cikgu untuk sesetengah orang jika ingin melakukan sesuatu projek tutorial dirumah.

Nurfathi Nabilah yang menginginkan sebuah dinding cermin terpaksa melayari dan berguru dengan youtube untuk melakukan sebuah DIY mirror featured wall dirumahnya. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah simple sahaja.

Adakah hasil mengikut step by step daripada youtube ini mampu merealisasikan impian Nurfathi ini inginkan dinding cermin ini ataupun tidak? Sama-sama kita saksikan hasilnya dibawah ini.

Projek Tutorial DIY Mirror Featured Wall Pada Bahagian Dapur Mengikut Video Dari Youtube

DIY MIRROR FEATURED WALL : Tips ruang nampak luas dgn cermin adalah cermin tu haruslah bertentangan dgn cahaya semula jadi (tingkap ke, sliding door ke).

Satu2 ruang yang aku rasa ngam adalah dinding tepi dapur ni. Fikir punya fikir, lalu terbitlah idea nak diy sendiri je mirror featured wall tanpa drilling. Thanks to Youtube! Btw, sebenarnya nak bingkai hitam tapi susah nak jumpa dekat Shoppee. Kalau rajin sikit ingat nak cat bingkai tu nanti. Pakai cat minyak sesuai tak ek utk pvc??

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

  • Cermin Ikea
  • Max bonds
  • Pvc wainscoting 2CM 10 meter

Cara Untuk Membuat Mirror Featured Wall Ini

Ini dia dinding yang sesuai untuk dilakukan diy mirror featured memandangkan ianya bersebelah dengan ruang dapur.

Mirror Featured Wall

Dalam proses susun cermin ini mengikut ia punya pattern. Letak selotape dulu tak nak bagi jatuh. Masa ni tak letak lagi gam X-Bond. Kalau tak cantik boleh susun balik.

Bila dah yakin kemas dan tersusun baru boleh lekatkan semua cermin ni. Tadaaa!!! Inilah dia hasilnya.

Mirror Featured Wall

Hasil kerja tak berapa kemas lah. Sakit pulak mata ni tengok dekat2 ðŸ˜‚

Mirror Featured Wall

Kalau anda nak tahu, asalnya nak bingkai hitam tapi sebab kat shopee tak ada yang jual terpaksa tukar plan.

Mirror Featured Wall

Kredit : Nurfathi Nabilah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down