DIY Ruang Bekerja Di Rumah Menggunakan Barang-Barang IKEA

70 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Zaman sekarang ini selepas habisnya PKP adakah bekerja di rumah masih lagi relevan ataupun tidak? Ada yang masih lagi relevan dan ada yang tidak. Namun, untuk anda yang bekerja dirumah ini sudah pastinya memerlukan sebuah ruang bekerja yang tenang dan cantik untuk melancarkan segala kerja yang ingin dilakukan.

Jika anda melakukan sebuah DIY ruang bekerja dirumah ini, sekurangnya boleh standby jika berlakunya PKP kembali. Betul atau tidak? Perkongsian daripada Roseniza Ismail ini mampu menunjukkan bagaimana untuk melakukan sebuah DIY ruang bekerja yang menarik dengan suasana yang tenang dan damai untuk lakukan kerja dirumah.

Jom kita tengok bagaimana DIY ini dilakukan.

Kegigihan Melakukan DIY Ruang Bekerja Menggunakan Sepenuhnya Barang Dari IKEA

Happy 12th annyversary to US. Kegigihan sangat. Dah nak masuk keje baru nak buat home office. Gambar last lagi super gigih. Tengah pasang meja, rupanya ada 1 table top salah saiz. Zasss sis pegi ikea 6.01pm tadi sampai semula rumah 7.55pm.

Hebakkkk la sis punya kegigihan ku redah hujan ribut demi nak jugak siap malam ni. Orang kat umah order food panda pun tak sampai lagi, sempat makan sama2. Cukup dah kot. Boleh buat2 tak nampak dah ikea lepas ni. Thank you husband.

Bahagian Ruang Lama Yang Ingin Dilakukan DIY Ruang Bekerja

Beliau berkongsi idea diy ruang pejabat yang lama menjadi ruang bekerja yang baru dan meriah. Hasil daripada idea beliau sendiri, maka terhasil satu ruang yang cukup selesa untuk dijadikan sebagai ruang bekerja dari rumah.

DIY Ruang Bekerja

Selain itu, beliau juga berkongsi senarai dan nama barang yang dibeli oleh beliau di IKEA.

Hasil Akhir DIY Ruang Bekerja Yang Dilakukan Dirumah Ini

Ini adalah hasil selepas beliau melakukan diy ruang tersebut. Cantik kan, hanya buat sedikit makeover sahaja ruang itu terus bertukar suasana.

Suasana yang ceria ini dapat menambahkan lagi produktiviti untuk melakukan kerja pejabat di rumah sendiri.

Colour code dinding : Red Martini by Nippon Paint easy wash

DIY Ruang Bekerja

Sumber : Roseniza Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down