Projek DIY Patio Block Stone Untuk Dijadikan Tempat BBQ

6,120 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai sesebuah tempat pada halaman rumah untuk dijadikan tempat melepak dengan keluarga tersayang mesti best kan? Ada sesetengah meletakkan gazebo pada halaman rumah untuk dijadikan sebagai tempat untuk berehat.

Namun, berbeza pula dengan Azlan Idris ini kerana beliau telah melakukan projek DIY patio Block Stone pada halaman rumah beliau. Tujuan DIY dilakukan adalah untuk menjadikan tempat tersebut sebagai tempat untuk BBQ dengan keluarga tersayang.

Beliau telah berkongsikan cara dan bagaimana untuk melakukan DIY patio block stone tersebut di dalam sesebuah grup facebook. Jadi, jika anda ingin melihat hasil yang dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

DIY Patio Block Stone Pada Halaman Rumah Untuk Dijadikan Sebagai Tempat BBQ

Projek DIY Patio block stone baru-baru ni. DIY ini saya lakukan untuk area BBQ pada halaman belakang rumah saya. Saya juga ada reuse balik meja buat sendiri 3 tahun sudah

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lakukan DIY Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Patio BBQ Ini

Mula-mula lakukan ukuran besar mana anda inginkan tempat bbq ini.

Proses menggali tanah untuk membuat tapak patio stone sedang dijalankan.

DIY Patio Block Stone
DIY Patio Block Stone

Beralih pula kepada proses membancuh simen dan meratakan simen pada tempat yang digali tadi. Selepas itu, letak dan susunkan batu bata mengikut ukuran tapak BBQ tersebut.

Biarkan sehingga kering dan anda akan lihat hasilnya.

DIY Patio Block Stone

Apabila simen dah kering, bersihkan tempat tersebut. Tukang cilik ni nak tolong bersihkan jadi saya biarkan ia lakukannya.

DIY Patio Block Stone

Proses memindahkan barang-barang untuk menghasilkan tempat BBQ kami ini. Meja tu dah guna hampir 3 tahun. Jadi, boleh digunakan lagi dan tak perlu beli meja baharu.

DIY Patio Block Stone

Hasil Akhir DIY Tempat BBQ Halaman Rumah Ini

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir DIY  tempat BBQ saya ini. Walaupun banyak buat sorang tapi terima kasih juga kepada assistant cilik tadi. Hehehe.

Kepada anda yang juga inginkan halaman BBQ di rumah, semoga ini dapat dijadikan inspirasi buat anda.

DIY Patio Block Stone

Sumber : Azlan Idris

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down