Projek DIY Rak Buku Besar Gedabak Menggunakan Plywood

9,034 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai almari dan rak pakaian, boleh dikatakan sangat ramai individu pada masa kini hanya hasilkan sendiri sahaja kerana mahu lebih jimat. Namun, sedikit menarik dan berbeza mengenai perkongsian pada kali ini.

Nampak macam almari kan? Tapi sebenarnya bukan almari tau! Ini adalah rak buku yang menggunakan konsep persis almari baju. Projek DIY kali ini dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Siti Nor Mohamed.

Berbekalkan bakat yang dianugerahkan kepadanya, beliau telah berjaya menghasilkan projek DIY rak buku dengan menggunakan plywood. Hasilnya sangat kelihatan menarik dan berkualiti.

Jadi, bagi mengetahui proses dan cara penghasilan rak buku ala almari ini, boleh teruskan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Rak Buku Besar Guna Plywood

Rak Buku Besar Gedabak Dengan Tempat Rahsia Bikin Heran.

Amacam tajuk dia, agak-agak boleh viral tak?

Inilah hasil kerja Makcik yang terbaru. Hampir sepurnama nak menyiapkannya. Maklumlah hati jiran perlu dijaga.

Ye la. Nak menukang ni kenalah pandai ejas waktu, supaya tak mengganggu sekalian alam.

Jadinya, kerja-kerja hanya dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja dan kebanyakan masa, makcik menukang dalam rumah je.

Rak ini saiz dia lebih kurang 2.5' x 7'. Menggunakan 4 keping plywood 18mm dan 2 keping plywood 9mm. Tapi ada belen sikit lagi, kos plywood dalam RM480.

Dapat la 2 rak besar ni, Tapi belum kira kos cat, hinges dan handle pintu. Cat itu boleh tahan mahal juga.

Kerja-kerja memotong plywood jadi mudah dengan jig yang makcik buat dahulu (tengok post sebelum ni).

Sebab rak ini banyak guna saiz potongan yang sama. So, dengan guna jig itu, semua potongan akan sentiasa sama. Sebab kalau kita ukur dan potong, takut ada masa kita salah ukur, nanti jadi tak sama besar pulak.

Buat rak ini tak susah mana, cuma sebab saiz dia besar dan buat 2 pulak tu. Memang keje berat la sikit. Jangan lepas ni jadi Makcik sado la pulak.

Jig yang dibuat dahulu untuk memudahkan kerja-kerja memotong.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Proses pemotongan dilakukan.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Hasil potongan plywood.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Selepas itu, pasang braket dahulu supaya tahan bebanan.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Buat dry-fit dahulu.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Pastikan semuanya sepadan, barulah ianya dicantum.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Proses pemasangan rangka selesai dipasang. Gam dan skru sahaja.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Kemudian, tutup skru itu dengan dowel.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Para sudah siap dicantum.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Kemudian, cuba masukkan para-para tersebut dan lihat sesuai atau tidak.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Proses menebuk lubang untuk hinges. Pakai jig ini lebih senang. Gunakan jarak 5mm dari tepi.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Projek pemasangan pintu dilakukan.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Cat yang digunakan. Beliau guna jenis water based.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Inilah tempat rahsia yang tak berapa nak rahsia itu.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Rak buku besar gedabak tingginya 7 kaki.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Rak buku berserta modelnya sekali.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Inilah rupa dalamannya. Para tersebut mudah alih sebab boleh dicabut dan dipasang semula.

DIY Rak Buku Besar Gedabak

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down