Menerapkan deco rumah dengan gaya shiplap memang tidak asing lagi buat pencinta dekorasi rumah pada masa kini. Hal ini kerana, penggunaan shiplap dapat membuatkan bahagian rumah lebih cantik dan ceria.
Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Abdul Shahfi Dahalan. Beliau menghasilkan projek DIY shiplap wall pada ruang tamu rumah bertemakan "Gold Emerald Green".
Jom sama-sama kita ikuti proses penghasilan DIY yang sangat menarik ini.
Sebelum ini deco tak ada tema. Carca marba dan hasilnya kelaut. Tahun lepas baru ada tema. Kami pilih warna emerald green dan gold.
Langkah yang dilakukan :
Ruang tamu tahu sebelum diubahsuai.
Langkah seterusnya adalah dengan menghasilkan wainscoting pada bahagian atas dinding dan molding door. Langsir yang ada pada pintu bilik buka dan simpan.
Pada ketika ini, beliau rasa warna biru tak berapa nak kena. Jadi, beliau tukar kepada warna dark coklat. Selepas itu, beliau cuba cat sekali dengan brick wallpaper itu. Tapi, cat dekat brick itu menggelupas. Pilihan terbaik adalah dengan mencabut terus brick itu.
Susun atur hentam sahaja masa ini. Tukar warna vinyl floor kepada warna cerah.
Banyak lagi barang tak sampai. Susun atur carca marba.
Rod langsir patah, itu yang kami tukar terus langsir. Dinding cat 1 warna sahaja. Susun atur perabot juga dilakukan.
Sudahnya susun atur macam ini sahaja.
Jadi, beliau buat shiplap supaya tak nampak kesan brick biru yang lama itu.
Maka terhasillah dekorasi bertemakan Emerald Green dan Gold.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.