Ibu atau mak yang sudah lama bersara ini apakah yang akan dilakukan untuk mengisi waktu lapang? Sudah semestinya ramai diantara mereka akan isi masa lapang dengan menanam pokok bunga pada bahagian halaman rumah.
Nak bertanam tu bukannya masalah pun tapi yang menjadi masalah adalah semua pokok ehhh nak tanam dalam pasu. Habis berlambak kat belakang rumah sampai tiada tempat dah nak letak. Jadi, alternatif lain adalaha dengan melakukan sebuah diy stand pasu untuk meletakkan pasu-pasu yang lain lebih tersusun.
Projek ini dilakukan oleh Tn Khairul untuk selesaikan masalah pasu yang semakin berlambak dihalaman rumahnya. Bahan yang digunakan adalah daripada simen sahaja. Selebihnya adalah menggunakan kreativiti beliau sendiri. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Diy stand pasu bagi nampak ok sikit. Semua diy ini guna bancuhan simen & pasir. Isteri makin hari makin suka menanam pokok. Dah banyak sangat dah ni pasu-pasu dibawa balik dan digunakan. Aiyooyo
Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Stand Pasu Yang Kukuh
Makin hari makin banyak pasu dah ni sampai berselerak tak ada tempat.
Ini merupakan sketch acuan untuk membuat stand pasu agar dapat ukuran yang tepat.
DIY acuan guna kayu terpakai. Dalam stand ni saya letak besi Y12 yang dipotong nak bagi kuat lagi untuk tampung bebanan papan simenfero kat atas nanti.
Siap sudah stand pasu ni guna acuan yang dibuat. Buat 3 stand sebab nak bagi tapak lebih kukuh.
Letakkan pula pada papan simenfero atas stand tadi. Buat papan guna acuan segi empat dari kayu terpakai.
Proses mengecat pada kayu sudai selesai dilakukan.
Apabila dah siap semua ni barulah boleh susun pasu yang berselerak tadi. Kan nampak cantikkan tu. Tersusun jerrrr nampak.
Kredit : Tn Khairul