Pemasangan wainscoting pada dinding rumah sering dilakukan secara sendiri sahaja oleh pemilik rumah. Hal ini kerana, ia lebih menjimatkan dan penghasilannya juga tidak begitu rumit.
Disebabkan ianya boleh dilakukan sendiri, pemilik rumah ini yang bernama Nor Arina Abdul Rashid telah melakukan sendiri projek DIY wainscoting pada dinding bahagian bawah ruang tamu rumahnya supaya lebih kelihatan menarik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita lihat proses penghasilan yang dilakukan ini.
Projek DIY wainscoting bermodalkan bawah RM200.
Semua barang-barang husband beli di Shopee sahaja.
Senarai barangan yang digunakan :
Bahagian dinding bawah yang ingin dipasang wainscoting tersebut.
Wainscoting diukur dan disusun terlebih dahulu sebelum dipasang pada dinding.
Sebelum dilekatkan pada dinding, ia perlu disapu dengan gam vital nail terlebih dahulu.
Selepas dilekatkan, ia perlu ditampalkan dengan salotape supaya ianya tidak jatuh.
Apabila gam sudah mula kering, salotape tersebut dibuang serta merta.
Proses seterusnya pemotongaan wainscoting untuk dijadikan panel pemisah pada bahagian dinding.
Panel pemisah mula dipasang.
Inilah hasil keadaan bahagian dinding bawah setelah selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.