Rasanya ramai lagi yang tidak tahu bahawasanya Aplikasi Jotun Color memang cukup berguna untuk kita dalam melakar dan mencuba idea dalam bentuk maya sebelum dilakukan secara realiti. Dengan menggunakan aplikasi ini, ia lebih memudahkan kita untuk mengenalpasti konsep dan warna apa yang ingin diterapkan pada dinding pada kediaman kita.
Projek DIY dengan menggunakan apps playstore ini dilakukan oleh seorang pemuda yang bernama Rosaimi Rahman. Untuk pengetahuan, aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore untuk Android dan Apps Store untuk IOS.
Jom kita lihat proses dan hasil dekorasi yang dilakukan ini.
Proses melakar untuk design dan warna pilihan guna Apps ini.
Bagi memastikan garisan lebih betul, disarankan untuk guna laser supaya lebih tepat. Laser boleh beli di Shopee.
Proses marking dilakukan guna masking tape.
Color pertama untuk top (dinding sudah disapu undercoat).
Selesai bottom cat untuk bahagian bawah.
Bahagian yang paling bosan akan dilakukan iaitu proses mencantumkan wainscoting untuk buat framing wainscoting.
Hasil setelah siap dicantumkan.
Proses ini agak tricky. Pastikan susun dahulu sebelum digam supaya kiraan jarak betul. Kalau tidak, sukar untuk dicabut setelah digam.
Sekali lagi penggunaan laser amat membantu. Harga pun tak la mahal mana. Tapi amat berguna.
Permulaan yang agak perlahan.
Inilah hasilnya, tapi permulaan ketika ingin digam pastikan betul-betul kering dan lekat sebelum buka masking tape.
Siap juga akhirnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.