Kalau tangan kita ada bakat seni kreatif, apa sahaja yang dilakukan dapat hasil yang positif. Bakat tersebut bukan sahaja boleh di aplikasikan terhadap dekorasi rumah sahaja, namun, ianya juga dapat menghasilkan kerja-kerja rekabentuk lain seperti mencipta robot kesukaan.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini yang menggunakan nama samaran sebagai Run Akinawza. Disebabkan minat mendalam terhadap robot yang memegang watak utama dalam siri animasi 2D Medabots, beliau telah menghasilkan MetaBee mengikut idea dan kreativitinya persis seperti yang diperlihatkan di dalam kaca television.
Jadi, bagi melihat hasil projek yang dihasilkan ini, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Layan bikin robot pulak watak Metabee dari animasi Medabot, guna material evafoam 4mm dan paip PVC untuk rangka.
More Medabots, More Power!
Gambar di bawah merupakan rupa sebenar MetaBee yang ingin dihasilkan.
Kompenen-kompenen selesai dihasilkan.
Proses seterusnya mencantumkan kompenen tersebut.
Kompenen selesai dicantumkan.
Selepas itu, proses yang akan dilakukan adalah dengan mengecat dengan warna asal robot itu.
Proses mengecat selesai lakukan.
Inilah hasil akhir setelah robot ini selesai dibina. Sangat cantik dan kreatif. Sama seperti yang kita lihat di kaca television pada zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada pencinta animasi ini di luar sana bagi menghasilkan robot kesukaan dengan menggunakan material ringkas sahaja.
Selamat mencuba.