Projek Lakukan Kolam Renang Pada Halaman Rumah

1,661 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekarang ini, Negara Malaysia dilanda pemanasan global yang sangat panas. Bahkan juga, anda dinasihatkan untuk menjaga diri sendiri daripada berlakunya perkara bahaya seperti strok haba. Untuk elakkan daripada terjadi strok haba, anda perlu menyejukkan badan diri sendiri.

Takkan semua nak mampu untuk mandi setiap masa kan untuk sejukkan badan. Jadi, alternatif lain ialah untuk menyejukkan diri didalam kolam renang. Macam yang dilakukan oleh Mohd Azman Manok yang telah lakukan projek kolam renang dihalaman rumahnya.

Beliau telah membuat kolam mandi yang besar di halaman rumahnya. Menurut beliau lagi, harga untuk melakukan kolam renang tersebut dikatakan mencecah hampir RM80K. Jom kita tengok perkongsian daripada Mohd Azman Manok ini.

Projek Lakukan Kolam Bersaiz 15 x 25 Kaki Pada Halaman Belakang Rumah Bermodalkan RM80K

Siap lagi sebuah kolam di parit keroma muar johor. Kolam berbumbungkan polyutherene shade 3 segi menambahkan lagi ketenangan dan mendatangkan suasana redup pada ruang kolam

Jadi nak mandi rasa tenang, redup dan terlindung daripada pancaran terus terik matahari...

Pilihan tema hijau pada swimming pool fiber dan rumput tiruan menambahkan suasana damai lagi tenang

Proses Membuat Kolam Renang Pada Halaman Belakang Rumah

Disinilah tempat untuk saya membuat kolam renang.

Tanpa membuang masa, proses menggali tanah ini dilakukan.

Projek Lakukan Kolam

Masa ni masih lagi menggali. Nak gali ni bukannya sekejap sebab satu lori tu dah penuh.

Selesai proses menggali, kini proses memasang jubin untuk kolam dan juga simen lantai dijalankan.

Projek Lakukan Kolam

Beralih kepada proses seterusnya iaitu membuat kolam renang yang diimpikan. Untuk bahagian dalaman ini saya menggunakan fiber glass.

Projek Lakukan Kolam

Kolam siap sedia untuk digunakan. Sekarang proses memasukkan air yang bersih dan jernih untuk mandi.

Projek Lakukan Kolam

Untuk mencantikkan lagi kawasan kolam renang ini, saya beli shade pool daripada shopee. Nak lepak ker santai pun best.

Projek Lakukan Kolam

Sumber : Mohd Azman Manok

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down