DIY Island Bar Cantik Guna Rangka Daripada Kabinet Lama

196 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Selalunya kalau ada kabinet lama ni kebanyakkan ramai orang buang sahaja kat bahagian pelupusan sampah. Namun, adakah anda tahu bahawa kabinet lama ni ada gunanya kalau kita menjadi sedikit kreatif untuk guna balik kabinet tersebut.

Kabinet lama boleh diubahsuai menjadi sesuatu yang lebih cantik daripada kabinet biasa. Antaranya ialah bagaimana kabinet lama boleh diubah mejadi sebuah DIY Island Bar yang cantik dilakukan oleh Nur Daiyana di sebuah perkongsian dalam facebook.

Jom kita melihat hasil DIY yang dilakukan oleh beliau ini membuat sebuah island bar yang cantik dan kemas buatannya.

Projek DIY Island Bar Yang Cantik Menggunakan Rangka Daripada Kabinet Lama

Assalamualaikum gaiss

Kite nak share hasil d.i.y waktu PKP haritu. Tu sinki kite waktu duduk rumah sewa dulu. 5 tahun juga la pakai. Awal tahun hari tu pindah sayang nak let go. Pergi pun masuk rumah baru banyak jugak modal dah keluar.

So kite simpan la dulu. Tetiba kene PKP, cuti panjang so husband suggest nak diy island bar pakai sinki tu. Alhamdulillah menjadi juga.

Modal make up kan sinki

Linnmon 150 x 75 = RM129

Capita Leg 16 = RM40

Cas delivery IKEA = RM15

Dengan modal RM184 kite dapat island bar baruu

Hasil Sebelum, Proses Dan Selepas DIY Island Bar Ini

Dulu kabinet ni kabinet sinki jer masa duduk rumah sewa dulu. Sekarang dah tak guna lepas pindah rumah.

DIY Island Bar

Husband cakap nak gunakan kabinet sinki ni untuk buat island bar secara diy. Jadi, ini dia proses semasa diy dilakukan.

DIY Island Bar

Cuma buang sinki atas jer. Rangka tu tak buang pun cuma letakkan stiker wallpaper nak bagi nampak cun melecun.

Tadaaaaa! Inilah dia hasilnya sebuah island bar yang baharu didalam rumah baru kami ini. Sebab rumah ni tema dia warna putih jadi island bar pun wajib berwarna putih. Hehehe.

DIY Island Bar
DIY Island Bar

Kredit : Nur Daiyana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down