Projek Makeover Bahagian Dapur Yang Reput Akibat Terkena Air

2,072 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian dapur semestinya bahagian yang menjadi kegemaran untuk para-para isteri diluar sana. Tanpa ada bahagian dapur dimanakah tempat untuk memasak, makan bersama-sama dan juga untuk menyimpan makanan. Kalau dah ada dapur tu pastikan jaga sebaik mungkin. Jangan pula ada dapur namun banyak benda dah rosak.

Jika ada beberapa bahagian dapur yang telah rosak tu elok juga baiki daripada menjadi lebih teruk. Baiki bahagian dapur anda seperti yang dikongsikan oleh Mohd Saifuddin ini. Beliau menunjukkan beberapa makeover bahagian dapur beliau yang telah rosak antaranya reput akibat terkena air sinki.

Makeover Bahagian Dapur Yang Sudah Reput Akibat Kena Air Diganti Dengan Perabot IKEA

Projek Dapur Raya 2022. Kabinet Knoxhult from Ikea, Sinks Ikea, kabinet gantung KitchenZ from Shopee (pasang tahun lepas). 3 hari juga kayuh pasang mende alah ni. Power Tools (Hand drill and Electric Jig Saw) memang ada kat rumah

—> Gambar siap DIY = gambar terakhir

BTW ni rumah yang kami sewa, kami jaga amanah ni dengan baik. InsyaAllah, tuan rumah pun tak pernah naikkan sewa sepanjang 5 tahun di sini. Semua kerosakan saya DIY selagi boleh. Wiring tu panggil technician, tu tak boleh DIY.

Anggaran Kos :-

- Kabinet KitchenZ (Project 2021) - RM357.98 (include shipping)

- Cabinet 2 pintu x 2 = RM134.29 x 2 = RM268.58

- Para dinding x 1 = RM89.40

Barangan Yang Digunakan Untuk Lakukan Makeover

  • IKEA Knoxhult
  • IKEA Fyndig & Lillviken
  • IKEA Hedra
  • MR DIY Matte Black Flexible Tap
  • RINNAI RB-72G Gas Hob

Makeover Bahagian Dapur Menggunakan Perabot Daripada IKEA

Sebelum sedikit makeover dilakukan, ini adalah kabinet gantung projek 2021.

Inilah dia bahagian frame tingkap sinki yang telah pun reput teruk disebabkan selalu kena air pada bahagian sinki.

Makeover Bahagian Dapur

Untuk bahagian frame yang telah reput ni saya lakukan repair DIY sahaja dengan menggunakan cement mix 3 in 1. Masa ni belum sempat cat lagi sebab nak tunggu simen tu keras sepenuhnya.

Beralih pula kepada proses tebuk lubang glass hob and sinks pakai jigsaw. 1st time run mnde alah ni.

Makeover Bahagian Dapur

Done tebuk tetapi lubang kecik pula. Disebabkan lubang kecil jadi tak muat masuk hob, kita alter kasi muat.

Dah settle apa semua bagi lubang sama besar untuk masukkan hob. Bolehlah nak menggoreng telur ker apa semua.

Alhamdulillah,siap juga makeover bahagian dapur ni guna beberapa perabot daripada IKEA. Bolehlah isteri nak masak sedap hari2 InsyaAllah.

Makeover Bahagian Dapur

Kredit : Mohd Saifuddin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down