Projek Makeover Bilik Air Tetamu Rumah Ibu

15,867 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Waktu pkp ini semuanya pasti berada dirumah masing-masing tanpa melakukan apa-apa kan? Jadi, apa kata kita tengok dahulu hasil projek makeover bilik air tetamu yang dilakukan oleh Fikri Abdul ini.

Beliau telah melakukan makeover ini sewaktu pkp melanda negara ini. Disebabkan bilik air rumah mak kelihatan buruk, maka terhasilnya projek makeover bilik air ini. Menurut beliau makeover ini mengambil masa 3 minggu untuk siap dan bermodalkan sekitar RM2K dihabiskan melakukan makeover bilik air ini.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda cara dan juga hasil akhir makeover ini yang dilakukan oleh beliau. Beliau telah berkongsi hasil makeover ini didalam laman media Facebook. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek Makeover Bilik Air Tetamu Rumah Mak Bermodalkan RM2K

Projek MCO bilik air tetamu rumah Mak guna epoxy flakes just belajar tengok youtube lepas tu try buat sorang2. Masa di ambil 3 minggu untuk siap sepenuhnya.

Barang ada yang beli di Shopee & ada yang beli dekat kawasan berhampiran rumah. Bajet around 2K. Esok last touch up & install water heater.

Proses Makeover Bilik Air Dilakukan

Proses ini dimulakan dengan memecahkan bahagian tempat air ditepi tandas tersebut.

Projek Makeover Bilik Air

Selepas selesai memecahkannya, saya simen balik tempat tersebut agar nampak rata dan kemas.

Proses seterusnya saya melakukan mengecat pada bahagian dinding atas tersebut dengan cat epoxy.

Selepas simen pada bahagian tadi dah keras, saya letakkan sinki yang baharu pada tempat tersebut.

Projek Makeover Bilik Air

Beralih kepada proses bahagian lantai pula. Lantai ini saya ratakan dengan simen.

Saya letakkan selotape macam ni agar terbentuk corak "diamond flakes" seperti ini.

Catkan bahagian lantai tersebut dengan epoxy dan taburkan glitter berwarna hijau.

Projek Makeover Bilik Air

Seterusnya, catkan warna putih pada bahagian corak tersebut.

Yang selebihnya, saya siapkan mengecat pada bahagian dalaman selotape itu. Nanti tarik sahaja selotape tu akan nampak bentuk yang cantik dan menarik.

Projek Makeover Bilik Air

Hasil Akhir Makover Bilik Air Ini

Inilah dia hasil akhir projek makeover bilik air yang dilakukan ini.

Projek Makeover Bilik Air

Sumber : Fikri Abdul

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down