Transformasi Tandas Buruk Kepada Tandas Idaman Wanita

9,654 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang suka lihat tandas yang ada dirumah mereka tak bersih kan? Setiap pernghuni pastinya ingin mempunyai sebuah tandas yang bersih, cantik dan kelihatan awesome. Zaman sekarang ni tandas yang buruk pun boleh dilakukan transformasi agar nampak cantik.

Anda boleh tengok contoh transformasi tandas yang dilakukan oleh Nuril Ainur ini. Beliau ada kongsikan sedikit aktiviti mengimprovasikan tandas buruk yang ada dirumah beliau. Yang menariknya, semua aktiviti tersebut dilakukan oleh diri sendiri sahaja.

Menurut beliau lagi banyak barang yang digunakan untuk lakukan transformasi ini adalah dari kedai berhantu iaitu ECO, Shopee dan juga kedai hardware. Jom kita tengok perkongsian transformasi tandas buruk ini daripada beliau.

Wanita Lakukan Transformasi Tandas Buruk Kepada Tandas Berwarna Elemen " Gold Marble"

Sis selit skit activity house/toilet improvement do it myself. Mane tahu kot ade rezeki nak dapat hadiah join challenge admin deco after & before nih kan. Kot menang boleh balanja chacha n ammar sekerim BR. Semua barang ni banyak guna dan beli dari kedai berhantu.

Barangan Yang Digunakan :- 

Gambar Asal Tandas Buruk Tersebut

Beginilah rupa awal-awal tandas saya ini. Suram jer tengok, warna pun pudar jer. Tiada apa-apa yang menarik namun disebabkan keinginan untuk lakukan transformasi tandas agar nampak cantik, akanku lakukan.

Transformasi Tandas Buruk
Transformasi Tandas Buruk

Hasil Transformasi Tandas Buruk Dijadikan Sebagai Baru

Setelah bertungkus lumus dalam melakukan makeover tandas seorang diri ini, akhir siap juga. Inilah dia rupa tandas saya yang sekarang. Bertemakan warna emas dan juga sedikit dekorasi marble pada dinding sangat sepadan kombinasi 2 perkara ini.

Untuk dinding tu saya gunakan stiker wallpaper sahaja yang boleh didapati di Lazada atau Shopee. Jangan risau kerana ia kalis air. Lantai pula tu adalah stiker vinyl yang viral. Saya juga letak silikon kalis air untuk menyokong vinyl flooring. Lantai akan cepat kering lepas gunakan silikon air.

Untuk bahagian toilet bowl pula, saya gunakan pembalut warna emas dan wrap kan sekeliling toilet bowl tersebut.

Transformasi Tandas Buruk

Sumber : Nuril Ainur

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down