Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga Bermodalkan RM500

10,921 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dalam kita sibuk menghasilkan dekorasi pada bahagian dalaman rumah kediaman, namun, ada satu bahagian kadang-kala kita terlepas pandang untuk memberikan nafas baru iaitu bahagian tangga ke tingkat atas.

Bahagian ini sering diabaikan kerana ia tidak begitu menyerlah. Namun, itu tidak bermakna ruang ini perlu terus diabaikan. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Farina Syauqina. Beliau dan suami telah melakukan projek makeover ruang bahagian tangga dengan bajet yang cukup jimat.

Untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan oleh mereka, jom ikuti dibawah ini.

Projek Makeover Ruang Staircase

Saja nak kongsi dengan semua hasil projek kami laki bini iaitu Staircase Makeover.

Mostly beli barang dari Shopee je. Kos barang semua dalam RM500 dan tidak termasuk deko pokok dan sebagainya.

Kos keringat dan masa pulak tidak ternilai harga dia.

Alhamdulillah hasil dia rasa nak menangis bucu katil, tak pernah terbayang sebegini rupa.

Terima kasih untuk suami yang selalu support bini buat makeover rumah.

Bahagian bawah tangga ini sebelum diubahsuai.

Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga

Keadaan ruang tamu dan bahagian tangga itu selepas diubahsuai.

Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga

Penggunaan lantai vinyl pada bahagian anak tangga membuatkan ruang itu kelihatan lebih menarik.

Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga
Projek Makeover Ruang Bahagian Tangga

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca diluar sana untuk mendeko ruang bawah tangga ini. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down