Projek Melakukan Tempat Melepak Outdoor Diluar Rumah

5,653 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kadang kalau bercakap mengenai sebuah tempat outdoor untuk lepak, sudah pastinya ramai yang mengingatkan sebuah gazebo diluar rumah, kan? Tidak semua tempat lepak diluar rumah ini perlu dengan gazebo sahaja. Anda juga boleh lakukan sebuah ruang khas untuk tempat outdoor yang diidamkan.

Seperti yang dilakukan dan dikongsikan oleh Taron Egerton ini. Beliau telah melakukan sebuah projek tempak melepak outdoor diluar rumah beliau sambil dibantu oleh beberapa pembantu cilik. Menurut beliau, projek ini telah dilakukan sewaktu pkp lagi.

Jom kita tengok hasil yang dilakukan oleh Taron Egerton ini.

Projek Melakukan Tempat Melepak Outdoor Di Luar Rumah Sewaktu PKP

Bila umum saja PKP terus order barang. Akhirnya siap jugak tempat lepak outdoor. Buat kerja 3 beranak.

Proses Melakukan Tempat Melepak Outdoor Di Halaman Rumah

Masa ni proses render tanah sedang dilakukan. Kelihatan hero-hero kecil pun datang tolong.

Tempat Melepak Outdoor

Tak ada compactor jadi kita siram dan pijak-pijak tanah.

Letakkan 4 keping BRC saiz 6 kaki x 10 kaki yang berharga RM160.

Tempat Melepak Outdoor

Rumah tepi kubur.

Tempat Melepak Outdoor

Proses melakukan bumbung sedang giat dijalankan.

Alhamdulillah, siap juga bumbung untuk tempat melepak outdoor ini.

Tempat Melepak Outdoor

Seterusnya ialah dengan menaikkan bata untuk menutup perkuburan di sebelah.

Untuk bahagian ini saya letakkan frame kayu untuk tujuan angin masuk. Saiz frame kayu ini adalah 8 kaki x 8 inci.

Selain frame kayu untuk lubang angin, ada juga buat lubang angin bata.

Kaunter lepak pula sedang didalam progress.

Masukkan kayu untuk dijadikan sebagai permukaan meja.

Grill ni dah lama tersimpan. Jadi, masanya telah tiba untuk pasang grill pada ruangan ini.

Siap sudah cat grill ini.

Tempat Melepak Outdoor

Untuk mencantikkan lagi bahagian ruang ini, kita masukkan sedikit deko-deko agar ruang ini nampak cantik dan menyerlah.

Tempat Melepak Outdoor

Alhamdulillah, siap juga tempat lepak yang diidamkan ini. Kalau pekena kopi O mesti nicee.

Tempat Melepak Outdoor

Wow, sangat menakjubkan hasil kerja pertukangan beliau! Nak lepak petang-petang sambil minum air bersama keluarga tentu syok! Teduh pulak tu.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Taron Egerton

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
Ā© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
ā€¢ Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down