Boleh dikatakan tidak semua keluarga mampu untuk membawa anak bermain air pada setiap kali hujung minggu.
Namun, jika membawa anak-anak kecil pergi bermain di taman tema air atau kolam renang, sudah pasti agak payah untuk mengajak mereka pulang. Hal ini kerana, sudah menjadi lumrah, kanak-kanak sangat suka bermain air.
Bagi memastikan anak-anak dapat bermain air kolam dengan lebih kerap, apa kata kita cuba hasilkan kolam renang sendiri dibelakang rumah. Ianya lebih menjimatkan.
Seperti yang dilakukan oleh ayah kepada puan Syaza Nazifa ini untuk cucu-cucu kesayangannya. Beliau secara seorang diri dengan jayanya menghasilkan kolam renang yang cukup cantik dan menarik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Buat swimming pool blkg rumah. Terima kasih Tokki sebab layan anak cucu nak main kolam.
Sambil mandi boleh tengok lembu tepi pagar kolam, dah macam Zoo sebab macam-macam ada.
Indahnya suasana kampung.
Kawasan belakang rumah ini semasa proses pembuatan kolam dilakukan. Tengok belakang tu ada lembu kan?
Jadi, boleh la sambil mandi, sambil menikmati pemandangan haiwan di sekeliling rumah.
Inilah hasilnya setelah kolam renang selesai dibuat. Dah macam taman air mini. Sangat kreatif projek kolam yang dihasilkan oleh atuk mereka.
Anak cucu gembira, atuk pun tumpang bahagia sekali. Seronok mereka dapat bermain air di waktu cuaca panas.
Terserlah keceriaan pada riak wajah anak lelakinya itu.
Menarik kan? kalau ada yang berminat boleh la cuba buatkan sendiri di rumah. Barulah gembira anak-anak dapat bermain air selalu.
Selepas mandi jangan lupa salin air tau, jangan bagi ia bertakung lama, nanti banyak penyakit pula yang datang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.