Projek Pembinaan Pagar Rumah Guna Pintu Lama Rumah Mak

11,161 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kehidupan di kampung pada waktu kecil dahulu banyak meninggalkan seribu satu kenangan manis yang sentiasa akan terpahat di dalam sanubari kita.

Sudah pasti kalau balik kampung, walaupun hanya melihat rumah pusaka ibu yang sudah roboh, kadang-kadang terasa sedih apabila melihat rumah tempat membesar reput dan roboh kerana terlalu banyak kenangan manis di situ.

Jadi, bagi memastikan sentiasa mengingati emak kesayangannya, beliau telah memilih untuk mengambil pintu rumah yang telah dirobohkan hampir 4 tahun itu lalu dipasang pada pagar hadapan rumahnya.

Untuk melihat proses pemasangan pintu itu, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Projek Pembinaan Pagar Rumah Guna Pintu Lama Rumah Mak

Pintu kayu rumah mak yang dirobohkan sepenuhnya. Pintu ini berusia lebih 50 tahun.

Simpan buat kenangan zaman membesar di rumah mak. Kini, hari-hari boleh tengok pintu rumah mak.

Nanti ada masa nak buat bumbung pula.

Setelah rumah lama mak dirobohkan, hampir 4 tahun kena hujan dan berpanas.

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Bahagian pagar ini sebelum dipecahkan sedikit pagar untuk dimuatkan pintu lama emak tersebut.

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Bahagian pagar yang dipecahkan itu mula dipasang pintu

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Walaupun hanya dengan menggunakan pintu lama, namun ianya kelihatan sangat unik dengan menerapkan unsur rustic.

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Proses seterusnya menaikkan bata pada bahagian sekeliling pintu.

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Bahagian pagar dan pintu masuk selepas selesai dibina. Disebabkan hanya dengan melihat pintu ini dapat membuatkan kita mengingati kenangan lama yang kita lalui semasa susah dan senang dengan emak. Kita akan rasa betapa gigihnya pengorbanan emak dan ayah semasa kita kecil.

Projek Pembinaan Pagar Rumah

Sudah pasti kita tak boleh kembali ke masa lalu. Tetapi, kenangan lalu banyak mengajar kita erti kehidupan dan pengorbanan ibu dan ayah walaupun hanya melihat pintu ini sahaja. Ia cukup memberi kesan yang mendalam dan mampu muhasabahkan diri kita sendiri.

Menarik apa yang dilakukan oleh seorang anak ini. Mungkin ini adalah cara terbaik agar kita sentiasa mengingati masa lalu kita. Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi dan sentimental value kepada semua pembaca di luar sana.

Kredit: Fakhrul Anwar Dagang

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down