Transformasi Rumah Kepada Gaya Mewah

52,569 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua pemilik rumah memasang impian untuk mengubahsuai rumah masing-masing. Lagi-lagi apabila mereka sudah mendiami rumah tersebut hampir sedekad. Sudah pasti kita terdetik menginginkan perubahan yang menarik supaya rumah kekal kelihatan cantik walaupun sudah lama mendiami.

Itu yang dihasilkan oleh pereka design dalaman rumah ini yang bernama Kyra Kirara. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menunaikan impian pemilik rumah ini dengan melakukan transformasi rumah kepada gaya mewah selepas lebih 12 tahun mendiami.

Jom ikuti perkongsian ubahsuai rumah yang menarik ini.

Transformasi Rumah Kepada Gaya Mewah

Keadaan ruang dapur dipenuhi dengan peralatan dapur sebelum diubahsuai dengan gaya mewah.

deco rumah

Keadaan ruang dapur selepas diubahsuai dengan gaya mewah. Cat yang digunakan adalah cat Jotun Raw Canvas.

deco rumah

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai sekitar tahun 2019.

deco rumah

Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan dekorasi mewah yang elegan, menarik dan cantik diikuti dinding yang didekorasikan dengan menggunakan wainscoting yang menarik.

deco rumah

Gambar lebih dekat dekorasi ruang tamu yang diubahsuai dengan menambah perhiasan bunga gantung yang cantik bagi menampakkannya lebih mewah.

Transformasi Rumah Kepada Gaya Mewah

Keadaan ruang dapur selepas diubahsuai dengan dekorasi gaya moden yang cantik dan menarik. Nampak lebih mewah dan selesa untuk digunakan.

Transformasi Rumah Kepada Gaya Mewah

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada semua dalam cuba untuk mendekorasikan rumah kediaman anda. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down