Projek Pembuatan Table Top L Pada Ruang Yard

1,061 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan projek pertukangan secara DIY pada masa kini sering dilakukan oleh pemilik rumah yang menginginkan perubahan pada ruang dapur mereka.

Hal ini kerana, dengan bertukang sendiri, ia lebih menjimatkan kos dan tidak perlu mengeluarkan duit untuk mengupah tukang.

Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Fazz Lah. Beliau telah menghasilkan table top L pada ruang yard.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian DIY yang menarik ini.

Projek Pembuatan Table Top L Pada Halaman Rumah

Throwback projek tahun lepas, table top 'L' di ruang yard yang mengambil masa selama 3 minggu untuk siap.

Maklum la pertama kali menukang.

Jumlah modal yang dikeluarkan:

  • Simen - RM15 x 2 = RM30
  • Pasir halus - RM5 x 3 = RM15
  • Batu konkrit - RM5 x 3 = RM15
  • Simen gam = RM12
  • Susu (latex) = RM15
  • Kayu dan besi ambil dekat rumah abah dan mertua

Jumlah keseluruhan: RM87

Bahagian dapur semasa di awal proses pembuatan.

Projek Pembuatan Table Top L

Gambar dari sudut pandangan atas.

Projek Pembuatan Table Top L

Simen dimasukkan dan tunggu ianya mengeras.

Projek Pembuatan Table Top L

Keadaan setelah simen mengeras.

Projek Pembuatan Table Top L

Bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.

Modal yang dikeluarkan untuk dekorasi dalaman dapur pula adalah:

  • Mozek - RM215
  • Angle PVC hitam dan putih - RM3 x 3 = RM9
  • Grout hitam - RM4
  • Grout putih - RM4

Jumlah keseluruhan: RM231

Modal yang dikeluarkan pada bahagian sinki pula sekitar RM80. Jadi, jumlah keseluruhan untuk projek pertukangan ini sebanyak RM398.

Projek Pembuatan Table Top L

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down