Individu berstatus bujang jangan disangka tidak mampu untuk menghasilkan kerja-kerja pertukangan sendiri. Terdapat banyak faedah dan kelebihan bagi mereka yang suka melakukan aktiviti pertukangan ini. Salah satunya adalah ia lebih jimat berbanding dari membeli Almari yang sudah siap.
Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Latiff Rashid. Beliau telah melakukan satu projek penghasilan almari bilik bujang dengan cara DIY yang cukup menarik.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Siap almari bujang, kos baru dalam RM500, bahagian dalaman itu belum cat lagi
Bahagian yang dipasang almari tersebut dijadikan ala partition. Ia dimulakan dengan pemasangan rangka terlebih dahulu.
Pintu dan kabinet almari mula dipasang.
Sudut tempat lelaki berdandan dan tonjolkan ketampanan.
Keadaan almari setelah selesai di cat. Sangat kelihatan kreatif dan menarik.
Pandangan penuh almari setelah selesai dihasilkan. Jenama cat yang digunakan adalah Super King Gloss Paint.
Cara penggunaannya adalah perlu rajin gosok dengan kertas pasir. Gosok terlebih dahulu baru cat. Selepas itu, gosok lagi baru cat 2 lapis.
Pandangan dari dalam almari, bahagian dalam belum dicat lagi.
Bahagian bawah tempat kunci pintu.
Pandangan penuh bahagian dalaman almari yang belum dicat.
Sangat menarik perkongsian projek DIY pada kali ini. Semoga ianya dapat memberikan inspirasi buat semua pembaca di luar sana dalam cuba hasilkan sendiri. Selamat mencuba