Orang kata kalau nak lakukan ubahsuai rumah, perlu ikut kemampuan yang kita ada, barulah bajet yang kita akan keluarkan mencukupi. Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Amm Leen. Beliau telah menukarkan dapur sederhana rumah mesra rakyat kepada konsep dapur table top.
Jadi, jom sama-sama kita lihat hasil pertukangan yang berjaya dihasilkan pada bahagian dapur rumahnya itu.
Syukur alhamdulilah, akhirnya siap juga dapur idaman rumah mesra rakyat saya.
Maaf kalau deko dapur saya kurang memuaskan, ala kadar sahaja. Janji sedap mata memandang bila nak masuk dapur.
Ini adalah rupa bahagian dapur ini sebelum penghasilan table top dapur dan mozek lantai dilakukan.
Selepas pemasangan hampir siap dilakukan, beliau mengecat dinding tersebut dengan warna kuning.
Untuk menghasilkan backsplash sudah pasti memerlukan bajet yang agak besar. Jadi, bagi memastikan dinding tidak rosak akibat percikan minyak, boleh tampalkan wallpaper seperti gambar di bawah ini.
Pada bahagian bawah table top itu, pintu dipasang supaya dia kelihatan terlalu terbuka.
Selepas selesai dipasang, bahagian tersebut dicat dengan warna pilihan.
Wallpaper pada bahagian dinding dipasang mengikut kreativiti tersendiri.
Pada bahagian tingkap dipasang bidai.
Beginilah rupa dapur setelah dipasang table top.
Bahagian ruang makan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana untuk ubahsuai dapur dengan cara bajet. Selamat mencuba.