Projek Renovasi Tandas Besar-Besaran Di Rumah Sempena PKPB

11,846 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Niat asal hanyalah ingin mengubah kedudukan pintu tandas sahaja kerana ia mengadap ke area ruang tamu namun lain pula jadinya. Habis satu tandas telah dilakukan renovasi secara menyeluruh sebagai projek renovasi tandas sempena PKPB ini.

Itulah dia perkara yang perlu dihadapi oleh Arusha Abdul Majid ini kerana beliau terpaksa melakukan renovasi tandas secara menyeluruh dirumahnya. Kos untuk melakukan renovasi ini adalah RM3500 sahaja dan direalisasikan oleh pakcik tukang yang melakukannya.

Menurut beliau lagi, disebabkan renovasi menyeluruh ini dilakukan adalah terdapat banyak proses pecah memecah dinding. Jadi, alang-alang dah pecah dinding, baiklah pecahkan semua dan buat terus makeover tandas yang cantik. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Niat Hendak Tukar Pintu Namun Terjadi Satu Projek Renovasi Tandas Besar-Besaran

Alhamdulillah, projek reno toilet pkpb dengan kerjasama i sinar well done.

Asalnye nak tukar kedudukan pintu je sebab pintu bilik air mengadap ruang tamu. Oleh kerana adanya proses pecah memecah jadi tukar la tiles lantai dan dinding sekali.

Idea fully dari saya, pak tukang merealisasikan. So far sangat berpuas hati. Alhamdulillah

Keadaan Tandas Yang Lama

Projek Renovasi Tandas

Proses Pecah Memecah Dinding

Proses memecahkan dinding sedang dilakukan untuk membuat tempat letak pintu yang baharu. Tempat pintu yang lama juga turut dipecahkan dan akan digantikan dengan sesuatu yang baharu.

Projek Renovasi Tandas
Projek Renovasi Tandas

Hasil pecah memecah. Saya ingin tukar kedudukan pintu ini kerana pintu sebelum ini mengadap ruang tamu. Tak selesa pula pintu tandas betul-betul menghadap ruang tamu.

Projek Renovasi Tandas

Area pintu sebelum ini sekarang sudahpun ditutupi dengan dinding baharu.

Projek Renovasi Tandas

Hasil Akhir

Inilah dia rupabentuk tandas saya yang terakhir. Total kos habis adalah sebanyak RM3500. Namun, ianya sangat berbaloi dengan renovasi yang dilakukan ini.

Projek Renovasi Tandas

Inilah dia punca utama renovasi bilik ini dilakukan. Hahahaha.

Projek Renovasi Tandas

Sumber : Arusha Abdul Majid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down