Projek Stencil Paint Yang Dilakukan Oleh Ayah Tersayang

1,934 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap rumah ni sudah pastinya akan terasa kosong jika dinding rumah tersebut tiada apa-apa daya yang menarik. Kalau dinding dirumah ada corak-corak bunga yang cantik sudah pasti rumah akan kelihatan berseri-seri. Corak-corak bunga yang dilakukan oleh ayah kepada Iefa Jovovich ini dipanggil projek stencil paint.

Projek ini telah dikongsikan oleh Iefa Jovovich didalam sebuah grup facebook bernama kelab kaki deko. Hasilnya sangat cantik dan Iefa jovovich sangat teruja akan hasil tangan ayahnya. Jom kita tengok bagaimana proses melakukan stencil paint ini dilakukan oleh pakcik ini.

Projek Stencil Paint Yang Dilakukan Oleh Pak Cik Ini Sangatlah Menyerlah & Cantik

Projek stencil paint oleh ayah sempena pkp 3.0 ni.

Ayah buat stencil sendiri cuma gunakan reference dari internet, dan lukis atas plastik a4, dan akhirnya inilah hasil nyaa.

Semua corak stencil 100% buatan tangan ayah. Design pun merupakan pilihan ayah. Dari awal-awal membuat corak lukisan sampailah painting. Semua ayah yang buat sendiri.

Proses Untuk Menghasilkan Stencil Paint Pada Dinding Rumah

Proses melakukan diy stencil paint ini dimulakan dengan ayah trace design. Ayah saya menggunakan corak yang berbunga-bunga ni sebab nampak cantik dan simple jer untuk dilakukan.

Projek Stencil Paint

Seterusnya lakukan pemotongan terhadap corak yang telah dilukis. Cik oyen pun sibuk jer nak membantu.

Sebelum pergi kepada proses mengecat dinding, ini merupakan antara bahan-bahan dan juga cat yang akan digunakan untuk lakukan projek stencil paint ini.

Untuk proses stencil paint ni memerlukan dua helai. Satu untuk tangkai dan satu lagi untuk bunga. Oyen ni nak membantu tapi kesian tak boleh.

Proses mengecat stencil paint sedang dilakukan.

Projek Stencil Paint

Beginilah hasil yang dilakukan oleh ayah masa pertama kali membuatnya. Siap tone lagi ayah lakukan. Banyak lagi yang perlu dilakukan ini.

Proses ini haruslah dilakukan dengan teliti kalau nak kemasan dan hasil tu berkualiti.

Hasil Akhir Proses Stencil Paint Yang Dilakukan Ini

Inilah dia hasil akhir yang dilakukan oleh ayah ini. Nampak cantik dan comel jer corak yang dilakukan ini. Dari dinding yang kosong terus nampak berseri-seri hasil tangan airnya.

Projek Stencil Paint

Macam biasa ayah akan selfie satu kali bila da siap tunjuk anak2 tapi belakang tu belum ade rama-rama lagi.

Sumber : Iefa Jovovich

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down