Kegunaan Shera Plank Pada Pagar Untuk Tingkatkan Privacy

26,907 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Shera plank ini sudah semestinya ramai diantara kita sudah mengenal mengenaik kayu ini. Banyak kegunaan shera plank ini dalam melakukan projek yang penting seperti mencantikkan rumah, lakukan sebagai dinding rumah dan banyak lagi.

Namun, kegunaan shera plank yang lain juga mampu menjaga privacy seseorang. Macam yang dilakukan oleh Far East ini, beliau telah gunakan shera plank untuk lakukan transformasi pagar rumah beliau menjadi lebih privacy daripada orang lain.

Bila tertutupnya privacy kita daripada orang lain, kita akan berasa selamat dan mampu untuk lakukan apa sahaja tanpa perhatian daripada orang ramai. Jom kita tengok perkongsian daripada Far East ini.

Lelaki Terangkan Kegunaan Shera Plank Pada Pagar Untuk Tingkatkan Privacy Rumah Beliau

Haritu ade nampak orang share transform gate jadi lebih privacy dalam group. So rasa nak polish balik KHB form 3 yang buat rak kayu complete elektronik berlagu tu. Lepas ukur dan kira, kena gunakan 22 keping plank dgn jarak antara plank dlm 15mm. Saiz satu plank adalah 3000mm x 150mm x 8mm.

Bahan-Bahan Yang Digunakan :-

Proses Memasang Shera Plank Pada Pagar

1. Ni adalah gate sebelum kejadian. Agak² kalau jatuh licin pun jiran boleh nampak daripada jauh dah.

Kegunaan Shera Plank

2. Ukur dulu panjang mana nak potong, ikut kesesuaian dan plan masing². Ade yang suke menegak dan ade yang suke melintang.

Kegunaan Shera Plank

3. Lepas potong cecantik ikut size, boleh prepare untuk mengecat. Saya galakkan cat dulu sebab nak menjimatkan masa lelagi redup sikit takyah berjemur masa mengecat. Untuk undercote saya pakai Nippon 5400 wall sealer.

4. Lepas tu re-cote 2 kali dengan Nippon Fibercote code: T107 Redwood. Dalam youtube saya ada ajar macam mana nak highlight alur² kayu dengan cat berwarna.

5. Ok ni baru lepas setel cat 2 lapis tunggu nak kering. Lepas kering, bolehlah kite pasang plank atas gate.

Kegunaan Shera Plank

6. Untuk skru, saya pakai skru hexa awning dengan washer tu dalam 5biji untuk setiap satu plank.

7. Masa skru ni, saya cabut pagar dan baringkan sebab nak jimat masa dan tenaga. Siap je skru kedua2 belah gate, saya cangkuk semula gate dekat bracket sediaada

8. So ni hasil lepas setel semua. Alhamdulillah yang penting maam pun suke. Boleh la berehat dengan tenang sementara usha next project pulak

Kegunaan Shera Plank

Sumber : Far East

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down