Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

789 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur yang sentiasa kelihatan cantik dan menarik mampu menghadirkan semangat yang membuak-buak buat suri rumah untuk memasak.

 Sebenarnya, untuk memastikan dapur rumah sentiasa cantik dan kelihatan ceria tidaklah memerlukan bajet yang agak besar, deko dengan cara bajet juga mampu menjadikan dapur kelihatan menarik juga.

 Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, beliau melakukan projek ubahsuai dapur mengikut tahun menggunakan wallpaper yang dibeli secara online sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Secara Bajet

Banyak belajar mendeco walau bajet kecil. Dari tahun ke tahun, Semuanya saya buat sendri.

Walaupun tak secantik mana, tetapi saya rasa satu kepuasan dalam diri saya setelah berjaya deco dapur sendiri.

Tahun 2017:

Belajar dan terus belajar, perubahan dapur kecil dari tahun 2017 - 2021.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

Tahun 2018:

Akhirnya sudah siap sepenuhnya pemasangan wallpaper yang dibeli dari kedai ECO. Wallpaper yang digunakan hanya 10 roll sahaja dan sangat menjimatkan bajet.

Inilah dapur kecilnya pada 2019 setelah selesai diubahsuai. Bahagian tepi dinding itu tidak berapa rata, puas cari tak jumpa lagi corak seperti ini.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

2019 Sebelum: 

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

2019 Selepas: 

Dapur yang sama cuma tukar wallpaper baru sahaja. Banyak lagi nak kena make up dapur ini. Buat ala kadar sahaja dengan menukarkan wallpaper baru pada dinding. 

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

Tahun 2020 :

Ini kali ke-3 Cik Azi tukar wallpaper untuk ruang dapur sekangkang kera ini. Semua itu dihasilkan sendiri. Wallpaper  dibeli dari Shopee Sahaja.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaperuai dapur

Tahun 2021 :

Beliau merupakan seorang yang cepat jemu. Setiap 2 tahun beliau akan tukar wallpaper dapur rumahnya. Cuma bidai itu beliau belum sempat tukar lagi, katanya.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek ubahsuai dapur mengikut tahun pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Jika tahun 2022 dapurnya berubah wajah lagi. Kami akan tambah koleksi deko dapurnya semula di sini. Teruskan bersama kami.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down