Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

2,209 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pasti ramai yang hadapi masalah seperti ini kan? Jadi, perkongsian pada kali ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pemuda ini bernama Shah Zakaria.

Bilik air boleh dikatakan salah satu ruang yang paling aktif, ia selalu digunakan oleh anak-anak dan kita sendiri setiap hari. Jadi, disebabkan perkara tersebut, beliau cuba ikhtiar sebaik mungkin bagi membaiki stop cork bocor sehingga ianya kembali elok.

Jika ingin mengetahui cara dan langkah yang dihasilkan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Tanpa Henti

Tolong pastikan keselamatan diri dan anggota badan sebelum melakukan tugasan di bawah.

Tips sebelum memulakan proses baik pulih stop cork:

1) Size stop cork di rumah beliau 3/4, ada juga rumah guna 1/2 sahaja. Jadi, tolong tengok saiz betul-betul sebelum beli.

2) Apa yang penting adalah keselamatan perlu dijaga walaupun minimum. Jangan "ter over" pahat sampai bocor paip.

3) Jika itu terjadi, ia akan jadi 1 projek besar pula untuk dibaiki. Ambik masa dan buat secara perlahan-lahan. Sebaiknya, hantar anak dan isteri balik rumah mertua terlebih dahulu barulah mulakan proses membaiki.

Langkah pertama:

Body stop cork tertanam di dalam simen bawah tile. Jadi, beliau guna alat mana yang ada sahaja untuk pecahkan filler dan simen ( rujuk gambar, hanya skru driver sahaja yang memainkan peranan nak buang simen itu )

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat
Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

Beliau tidak membuat lubang besar oleh kerana mahu. Masalah mula timbul, apabila ada salah satu alat yang digunakan tidak dapat cengkam bahagian yang ingin dibuka.

Kita boleh teruskan pada next plan B jika plan A tidak berjaya.

Plan B: Kerat (Kalau tak ada mesin pemotong, beli gergaji besi sahaja)

Selepas berjaya mengerat, kerja jadi mudah, spanar bolt sahaja yang digunakan. (Buka dan bawa bahagian atas itu untuk tunjuk sample dekat kedai hardware)

Kemudian, beli stop cork yang sama saiz dan sama jenis. Beliau sebenarnya nak guna bahagian atas sahaja, jadi body stop cork lama tetap tertanam padu di dalam dinding.

Akan tetapi, cara tersebut perlu usaha sedikit dengan langkah plug and play dahulu. Jika ngam, pasang baik-baik bahagian atas itu, biar ikut alur benang. Selesai satu bahagian.

Nak ketatkan semula beliau guna adjustable (Spanar hidup) dan tumpang nat paling atas untuk ketatkan. Siaplah sudah prosesnya. Akhirnya air sudah tidak menitik lagi.

Kemudian, monitor stop cork sama ada leaking lagi atau tidak dengan cara letakkan tisu. Kalau basah, bermakna tidak cukup ketat lagi. Jadi, ia perlu diketatkan lagi. Apabila sudah berpuas hati, nanti kita boleh tutup lubang yang dikorek itu dengan filler sahaja.

Ini adalah langkah ke 2 dan tidak begitu cantik mata memandang, namun senang untuk berurusan.

Belikan satu stop cork valve dengan conector. Boleh lihat gambar di bawah jika tidak tahu apa yang perlu dibeli. Jadi, dengan cara ini, selesailah masalah air menitik.

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

Antara tips lain yang boleh diterapkan semasa melakukan proses ini:

1. Tak perlu potong pemulas paip untuk buka sistem tengah. Hanya kepit batang pemulas dan guna wrench untuk tanggalkan pemulas.

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

2. Untuk buka bahagian perumah rubber pula, guna spanar plug sahaja.

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

3. Akhir sekali, apabila nak baiki, tukar stop cork yang ada cover besar, tak perlu simen dah.

Cara Baiki Stop Cork Shower Head Menitik Walaupun Sudah Tutup Rapat

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down