Proses Lakukan Dinding Panel Plywood Kedapkan Ruang Tamu

128 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah terutama 2 tingkat ini akan mempunyai desig dimana ruang tangga dan juga ruang tamu lebih terbuka dan tiada penghadang. Masalah ini akan menyusahkan kepada anda yang nak pasang aircond pada ruang tamu.

Melihat kepada masalah yang sama dihadapi oleh Nik Mohd Rizal ini, beliau menyarankan kepada sesiapa nak letak aircond boleh lakukan diy penghadang dinding panel plywood. Hasilnya sangat membantu dan suasana aircond didalam ruang yang diinginkan.

Jom lihat bagaimana DIY dinding panel plywood ini dilakukan oleh Nik Mohd Rizal ini. Mungkin anda ingin lakukannya di rumah jika ada masalah yang sama.

Proses Dinding Panel Plywood Dilakukan Untuk Kedapkan Ruang Tamu Dengan Aircond

Projek bulan puasa, kedapkan ruang tamu untuk sesuai dengan aircond. Cabaran besar sebab bahagian tangga dan laluan ke dapur yg jadikan mustahil utk pasang aircond. Saya tutup terus bahagian ini dgn pasang 3 panel plywood OSB, dan pasang langsir tebal untuk tutup ruang ke dapur dan tangga.

Panel OSB tu saya sapu varnish utk bagi lebih menarik. Itu pun belum siap varnish sepenuhnya, maklum la kerja di bulan puasa ni slow la ckit. Langsir tu hanya ditutup bila pasang aircond jer. Waktu lain ia dibuka. Sekarang alhamdulillah dah boleh rasa sejuk aircond & jimatkan tenaga letrik

Asingkan Ruang Tamu Dan Tangga Dengan Dinding Panel Plywood

Kawasan ruang tamu dan tangga pada asalnya. Memang terbuka dan tiada penghadang.

Dinding Panel Plywood

Inilah dia plywood yang akan digunakan untuk menutup ruang antara tangga dan ruang tamu.

Pertama sekali lakukan tiang dahulu. Yang ni menggunakan kayu yang telah dipotong dan susun pada bahagian tangga.

Terus lakukan sampailah kukuh dan kuat untuk letakkan plywood ini.

Dinding Panel Plywood

Testing dulu sebelum letak plywood yang seterusnya.

Dinding Panel Plywood

Dah siap letak semua sapukan varnish agar untuk nampak lebih menarik dan kesan kayu akan timbul.

Tak nak bagi nampak ruang tangga tu, terus pasang langsir.

Dinding Panel Plywood

Bila guna aircond, langsir akan tutup. Kalau tak guna, langsir akan buka.

Bahagian ruang tamu juga dah setel boleh letakkan sofa dan perabot yang lain.

Dinding Panel Plywood

Kredit : Nik Mohd Rizal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down