Proses Memulihkan Kabinet Dapur Dengan Modal Yang Bajet

4,807 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada sesiapa yang masih mempunyai sebuah meja usang yang lama dan tidak digunakan itu, kalau boleh jangan buang kerana ia masih lagi boleh digunakan. Anda boleh ubahsuai meja tersebut menjadi sebuah kabinet dapur macam yang dilakukan oleh Syazana Arifin ini.

Beliau telah melakukan proses memulihkan dan menukarkan meja usang lama tersebut menjadi sebuah kabinet dapur dengan bermodalkan harga yang rendah. Beliau juga berkongsikan cara untuk melakukannya dan juga hasil akhir kabinet dapur tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada Syazana Arifin ini.

Dari Sebuah Meja Lama, Dilakukan Proses Memulihkan Kabinet Dapur Baharu Secara DIY

Salam. Ni ada sedikit perkongsian diy meja usang jadi kabinet dapur. Kos dalam lingkungan Rm100 lebih ada lebihan plywood n barang lain lagi.

Belum ada rezeki nak duduk rumah sendiri lagi, so kita diy je laa kabinet dapur bajet ni mana tahu boleh bagi idea kat orang lain juga. heeeeeee

Proses Untuk Melakukan Pemulihan Kabinet Dapur

Ni meja lama tuan rumah. Tuan rumah pesan tak nak pakai kau buang saja. Khazanah berharga ni. Ada pelbagai tulisan purba.

Lepas dah bersihkan meja tu. Letak plywood 12mm. Pastu tampal je laaaa wallpaper.

Proses Memulihkan Kabinet

Yang ni proses membuat laci baru sebab laci asal meja dah tiada.

Proses pasang roda dengan pembantu cilik.

Proses Memulihkan Kabinet

Ni aku cuba diy tempat letak tong sampah bergerak dan bawah tu laci plastik sampah.

Hasil Akhir Proses Memulihkan Kabinet Dapur Lama Ini

Akhirnya, siap juga memulihkan kabinet dapur selepas bertungkus-lumus membuatkan diy ini. Lepas pasang pintu semua, saya letakkan handle agar senang untuk ditarik.

Proses Memulihkan Kabinet

Ni laci untuk letakkan sos minyak duga pelbagai sos lain lagi.

Proses Memulihkan Kabinet

Bawah ni aku letak tisu2. Lepas tu dah abis pikir nak letak apa. Kesudahnya Anak aku buat main menyorok dalam tu.

Ni laa tong sampah bergerak aku. Yey, lepas ni boleh bawak sampah jalan-jalan2 keliling rumah.

Proses Memulihkan Kabinet

Upload Video Proses Didalam Youtube

Untuk pengetahuan anda semua, Syazana Arifin ada muatnaikkkan proses pemulihan kabinet dapur ni didalam platform Youtube. Jadi, jika anda ingin melihat hasil yang dilakukan boleh singgah di channel beliau.

Sumber : Syazana Arifin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down