Rumah kita sudah semestinya inginkan rumah dihiasi dengan dekorasi bilik yang cantik, katil yang elegan dan juga dapur yang berseri-seri. Namun, jangan lupa juga untuk hiasan pagar diluar rumah anda. Ia juga penting untuk menampakkan rumah anda nampak cantik. Jika dalaman rumah cantik namun luaran tidak cantik tiada gunanya.
Jadilah macam Fuad R Be ini, beliau memang tidak suka melihat luaran rumah yang tidak cantik lebih-lebih lagi bahagian pagar. Jadi, beliau melakukan sebuah proses mengecat pintu pagar rumah beliau yang bertemakan warna "Black Beauty". Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada Fuad R Be ini.
Black beauty. Recent diy work. Mengecat smpi lebam. Sebulan juga kerja, berlawan dgn hujan lagi.
Dari pagar yang nampak lusuh terus nampak cantik dan baru.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Mengecat Pagar Lusuh Ini Sedang Dilakukan
Proses membuang dan kikis cat yang lama.
Untuk lebih kemas lagi, saya gunakan waterjet.
Selepas kikis dan bersihkan pagar tersebut, letakkan sealer dan tunggu biar kering.
Cat bunga ni paling aku benci. Sejam nak abis satu bunga, sebelah je. Hari ni ada pembantu, tapi tahan setengah jam je.
Lepas tu, warna kan keseluruhan pagar tersebut warna hitam.
Settle kerja dinding batu, start kerjakan gate pula. Ni tak ada pakai paint stripper. Waterjet je tanggal cat lama, tapi anti rust asal tak tanggal. Tapi sebelum final finishing, aku coat dulu dengan nippon red oxide primer selapis lagi.
Start cat bahagian celah2 yang tak leh masuk roller. Masa ni dah start hujan tetiap hari so kena plan kerja betul2.
Gigi autogate ni aku tanggalkan senang untuk kerja2 mengecat. Alang2 kasi primer juga sebelum final coat.
Hasil Akhir Proses Mengecat Pagar Yang Dilakukan
Tadaaaaa! Inilah dia hasil selepas mengecat bahagian pagar dan pintu pagar saya ini. Semua ni ambil masa yang lama sebab terpaksa buat kerja dengan cuaca hujan lagi.
Kredit : Fuad R Be