Projek DIY Kolam Renang Di Rumah Bermodalkan RM450

4,520 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Musim sekarang ni cuaca di Malaysia ini terlampau panas sangat. Kadang-kadang suhu paling tinggi mencecah hampir 40 darjah celsius. Mestilah kita rasa panas, berpeluh dan letih jika berada diluar kan? Nak mandi pula takkan nak bazirkan air untuk sorang mandi banyak kali. Jadi, apa kata lakukan sebuah projek diy kolam renang untuk sejukkan badan anda.

Projek diy ini dilakukan oleh Fauzy Arshad. Beliau buatkannya untuk anak-anak beliau yang mengatakan tak puas mandi kolam yang dibeli di Shopee. Ala-ala dah cuti waktu pkp ni, lebih baik keluarkan peluh buatkan diy kolam renang untuk anak-anaknya. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek DIY Kolam Renang Dilakukan Oleh Pemuda Ini Bermodalkan RM450 Sahaja

Alhamdulillah finally siap jugak projek diy kolam renang tepi rumah untuk anak2 buah. Depa tak puas mandi kolam yang beli kat shopee. Kita buatt yang baru untuk depa.

Total kos untuk siap termasuk coating RM450. Mengambil masa selama 4 hari untuk siap. Size kolam adalah 8x14x3.5 feet

Full video kejadian ada di link youtube dibawah

YouTube video

Bahan-Bahan Yang Diperlukan 

Proses Membuat Projek DIY Kolam Renang

Kawasan ini bakal bertukar wajah daripada tempat biasa menjadi tempat untuk diy kolam renang nanti.

Proses dimulakan dengan melakukan bentuk kolam ini menggunakan batu bata dan simen.

Projek DIY Kolam

Selepas kering, pastikan anda sapu dahulu bahagian didalam biar bersih dan tiada habuk ataupun debu untuk proses meratakan simen.

Projek DIY Kolam

Proses meratakan simen telah dilakukan dan perlu tunggu sehingga betul-betul kering.

Projek DIY Kolam

Sebelum melakukan proses mengecat, ratakan dahulu permukaan simen kasar tersebut menggunakan sanding paper.

Selepas itu, cat kan bahagian kolam ini menggunakan Epoxy Paint (Epolux). Seeloknya cat kan 2 lapis agar ia betul-betul dapat menahan air dan kalis air.

Projek DIY Kolam

Tulis-tulis dahulu sempena projek pkp 3.0.

Projek DIY Kolam

Tunggu biar cat tersebut kering dan nantikan perasmian kolam renang diy ini.

Hasil Akhir Projek DIY Kolam Renang Yang Dilakukan

Tadaaaa! Ini lah dia rupa dan hasil kolam renang yang dilakukan oleh Fauzy Asrhad ini. Tengok budak-budak tu main pun nampak best sangat-sangat.

Projek DIY Kolam
Projek DIY Kolam

Sumber : Fauzy Arshad

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Jun 21, 2022
Dikemaskini pada
Jun 21, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down