Sudah tidak dinafikan lagi pada zaman sekarang ini penggunaan diamond mirror menjadi satu trend dekorasi untuk setiap rumah. Kenapa wainscoting dan diamond mirror ini cukup popular pada masa kini? Hal ini disebabkan oleh pemasangannya adalah tidak begitu rumit.
Selain itu, konsep dekorasi sebegini cukup mampu membuatkan rumah kelihatan lebih cantik. Bukan itu sahaja, jika pemasangan wainscoting diamond mirror ini dilakukan secara DIY, kos yang dikeluarkan juga tidak begitu banyak. Dengan harga bajet sahaja mampu hasilkan dekorasi rumah yang cukup menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah.
 Tahun ni dapat bagi perubahan sikit dekat rumah mil. Biasa tiap tahun mil tukar warna cat je.
Moga ada rezeki dapat rumah sendiri nanti boleh deco sendiri je sebab dah ada pengalaman.
Diamond mirror yang akan dipasang pada dinding wainscoting itu.
Keadaan semasa proses pemasangan diamond mirror yang dilakukan oleh suaminya.
Keadaan selepas cermin selesai dipasang.
Hasil dinding setelah selesai diubahsuai.
Tv dipasang semula pada dinding itu.
Pandangan sudut sisi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Kredit : Mieza Chik Man