Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Casa Picasso

16,485 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Agak jarang kita lihat konsep ubahsuai dan dekorasi diterapkan seperti ini di Malaysia. Hal ini kerana, konsep ubahsuai sebegini sangat digemari oleh orang barat yang tinggal di benua Amerika Selatan. Konsep ubahsuai sebegini dipanggil Casa Picasso.

Seperti yang dilakukan oleh pereka design dalaman rumah ini, beliau memanfaatkan kawasan ruang belakang rumah yang sedia ada menjadikan kawasan tersebut berfungsi dengan baik dari dibiarkan terus berada dalam keadaan yang usang dan lusuh.

Apa itu Konsep Casa Picasso?

Casa Picasso adalah projek yang mengubah setiap inci persegi ruang yang tersedia menjadi satu ruang yang kelihatan berfungsi. Interaksi dalaman dan luaran berfungsi sebagai asas reka bentuk projek.

Terletak di daerah pusat bandar yang bersejarah di Merida, rumah seluas 145 meter persegi ini merupakan sebuah oasis di bandar. Direka bentuk sebagai rumah percutian, rumah dua bilik tidur ini mampu menghalang cuaca sejuk yang melampau di New York.

Penggunaan warna terang dapat membantu untuk mengubah ruang kecil menjadi satu ruang yang terasa luas dan menarik. Warna-warna terang ini juga boleh didapati di lantai konkrit putih Poland, ia dapat memastikan ruang berasa segar. Selain itu, penggunanaan hiasan lanskap seperti tumbuh-tumbuhan dan kayu semula jadi dapat menimbulkan satu perasaan santai dan selesa.

Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini.

Designed by Workshop, Diseño y Construcción. Sebagai rumah percutian.


Gambar dari: Tamara Uribe

Pandangan dari sudut hadapan rumah percutian ini.

Cassa Picasso

Keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai.

Casa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso

Bahagian belakang rumah setelah diubahsuai. Bagi mereka yang pertama kali memasuki Casa Picasso akan terpegun melihat ruang tamu dan tangga tinggi berkembar, yang menuju ke bilik pertama daripada dua bilik tidur.

Dengan dekorasi almari, bilik mandi dan teres kecil yang menghadap ke kolam renang, bilik ini adalah tempat asal pemilik rumah itu, kerana di dalamnya karya seni dari artis Pablo Picasso dipaparkan.

Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso
Ubahsuai Belakang Rumah Berkonsepkan Cassa Picasso

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi buat semua pembaca diluar sana dalam menghasilkan rumah dengan konsep cantik seperti ini.

Sumber : www.workshop.com.mx

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down