Punca Api Dapur Terlalu Slow Sampai Tak Boleh Memasak

57 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kadang-kadang selain daripada dapur yang berselerak ataupun gas nak memasak tiada, ada banyak lagi punca yang boleh

buatkan kita ni hilang mood terus nak memasak. Nak tahu apa dia? Iaitu api dapur yang terlampau slow sangat!

Yup, memang betul. Bila dengar macam remehkan tetapi ia memberikan impak yang mendalam sewaktu memasak apa juga makanan. Kalau sebelum ni api laju boleh siap dalam 20 minit tetapi api slow ni terus jadi 40 minit.

Saiful Yusof yang merupakan pakar dalam mencari punca ini berkongsikan bagaimana cara untuk buatkan api dapur gas ini kembali besar seakan beli yang baharu. Jom kita tengok.

Nak Memasak Di Rumah Terus Hilang Mood Sebab Punca Api Dapur Terlampau Slow

Sedikit perkongsian DIY

Api dapur terlalu slow, nak masak pun jenuh nak tunggu masakan siap. Boleh buka & cuci lubang nozzle jet . Lubang tu lama2 tersumbat dengan minyak. Spray WD-40 sikit pastu korek2 guna jarum halus sampai nampak semula lubang.

Alang2 dah buka overhaul Cleaning sekali.Dah siap insyaAllah Api kembali besar & kuat seperti dapur baru. Teknik yang sama untuk semua jenis dapur gas.

Cara Untuk Mengatasi Punca Api Dapur Yang Slow Ini Dengan Betul

Untuk dapur jenis macam ni, kena buka 6 biji skru kat bahagian tepi stove burner / tungku.

Punca Api Dapur

Alihkan stove burner baru nampak Nozzle jet.

Bersihkan lubang nozzle.

Punca Api Dapur

Boleh repair sekali cable fire starter yg dh cair ni.

Alang2 buka pipe gas ni sekali, sembur guna air compressor.

Punca Api Dapur

Lawasss

Ganti semua skru yang dah reput.

Punca Api Dapur

Alhamdulillah nak masak pun senang hati.

Api pun kembali besar selepas servis ni. Lepas ni nak memasak happy giler tak perlu hadapi masalah api dapur yang slow. 

Punca Api Dapur

Kredit : Saiful Yusof

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down