Ramai Kagum Dan Puas Hati Selepas Menggunakan Panasonic U Series Jet Pump Ini. Spesifikasi Ringkas Namun Merangkumi Keperluan Apa Yang Perlu Ada Untuk Setiap Water Heater!

16,579 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai juga rakyat Malaysia masih lagi tercari-cari water heater apa yang paling berbaloi dan selamat untuk diletakkan pada ruang bilik air di rumah mereka. Apabila ditanya, rata-rata ramai yang menjawab takut tersilap beli sebuah water heater yang tidak elok ataupun tidak memiliki spesifikasi yang diinginkan.

Nak beli water heater yang baharu tapi risau takut tersilap pilih water heater tidak mengikut spesifikasi yang diinginkan dan juga tiada fungsi dan ciri yang menarik

Usah risau kerana water heater jenama Panasonic U Series Jet Pump ini telah pun direka bentuk dengan design yang lebih modern dan juga dilengkapi dengan spesifikasi yang up to date dengan zaman sekarang. 

Ia juga telah pun diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia menandakan bahawa Panasonic U Series Jet Pump ini adalah selamat untuk digunakan dan tidak perlu risau jika ianya akan menyebabkan berlaku litar pintas, aliran eletrik yang tidak teratur ataupun meletup sewaktu ianya digunakan.

Spesifikasi Ringkas Pada Panasonic U Series Jet Pump Merangkumi Segala Keperluan Yang Diperlukan Untuk Setiap Water Heater

Terdapat beberapa spesifikasi ringkas yang menjadikan water heater Panasonic U Series ini antara yang dikagumi dan ramai puas hati selepas menggunakannya. Nak tahu apa spesifikasi tersebut? Ini dia antara-antara pengalaman dan keterangan ringkas mengenai setiap spesifikasi pada Panasonic U Series Jet Pump ini.

Penggunaan DC Pump Terkini

Panasonic U Series ini menggunakan pump jenis DC diperbuat daripada negara Jepun. DC Pump antara yang paling digunakan meluas pada zaman kini berbanding dengan sesetengah pump ada guna AC pump.

Penggunaan DC pump ini banyak kelebihannya. Yang pertama adalah kuasa tekanan air yang meningkat secara perlahan. Apabila anda menggunakan water pump ini, airnya akan keluar secara perlahan untuk memberi peluang untuk anda memilih tekanan air yang sesuai untuk anda.

Tahap bising untuk DC pump ini adalah agak senyap apabila digunakan. Jika anda tidak mahu bunyi yang bising dan inginkan suasana yang tenang sewaktu mandi, Panasonic U Series Jet Pump ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda

Selain mandi dalam suasana senyap, jika anda membeli water heater ini anda mampu menjimatkan kadar penggunaan elektrik yang banyak. Penggunaan DC pump ini menggunakan kurang elektrik berbanding pump yang lain.

Panasonic

LCD Type Indicator

Setiap water heater memang takkan rasa sempurna jika tiada panel LCD. Ianya bertujuan untuk menunjukkan paparan mode, suhu dan kualiti air yang sedang digunakan. Mode yang disediakan untuk water pump ini ada 3 mode iaitu Warm Up, Cooled Down dan juga Hot & Cool.

Panasonic U Series ini memang tidak akan lengkap tanpa ada skrin kecil dengan panel LCD. Dengan adanya LCD pada water pump ini, ianya mampu memudahkan anda untuk melihat suhu air dan juga mode yang sedang anda gunakan sewaktu mandi.

Berat Yang Ideal

Berat yang ditampung oleh water heater ini adalah seberat 2.8kg. Ianya antara pump panasonic yang ringan untuk diletakkan pada ruang bilik mandi anda. 

Berat pump yang ringan akan memudahkan untuk anda memasang heater tersebut dan risiko untuk jatuh sekiranya dipasangkan pada dinding adalah rendah. Jika terlampau berat risiko untuk jatuh adalah tinggi dan berkemungkinan akan cederakan anda.

Warna Metallic Yang Premium

Selain daripada spesifikasi yang cun dan menarik, Panasonic U Series Jet Pump ini didatangi dengan warna “Dark Metallic Navy” yang elegan dan premium

Warna “Dark Navy” sememangnya antara warna kelihatan cantik dan premium dimata manusia. Untuk kesempurnaan elegan water heater ini, hasil akhir sentuhan Metallic mampu menimbulkan lagi keserian warna tersebut.

Ini akan membuatkan seolah-olah anda sedang menggunakan sebuah water heater berkualiti tinggi.

Panasonic

Tekstur Air Yang Sesuai Untuk Semua Orang Mahupun Dewasa Termasuk Juga Kanak-Kanak

Tekstur pancuran air Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini bukan saja lembut dan selesa, malah terdapat 3 jenis kepala pancuran (Shower Head) untuk anda pilih. Antara jenis kepala pancuran yang ada adalah normal, wide dan spot. Setiap jenis pancuran ini adalah berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri sewaktu ianya digunakan semasa mandi.

  1. Normal
  • Pancuran Normal ini merupakan semburan default untuk water heater ini. Ia merupakan semburan campuran tekstur air yang lembut untuk tujuan mandian yang lembut serta menenangkan.
Panasonic
  1. Wide
  • Pancuran wide pula merangkumi pancutan titisan mikro yang halus bertujuan untuk membersihkan badan anda daripada kelesuan yang seharian penat bekerja. 
  • Pancuran ini juga sesuai untuk anak-anak kecil kerana kulit mereka sangat sesuai untuk titisan mikro yang halus.
Panasonic
  1. Spot
  • Untuk pancuran spot pula memang direka khas untuk mereka yang baru sahaja selesai melakukan senaman berat. Semburan seakan-akan perasaan urut ini sesuai untuk merehatkan otot anda yang dalam keadaan tegang.
Panasonic

Macam mana dengan pandangan ringkas water heater Panasonic ini? Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai Panasonic U Series Jet Pump dari segi ciri-ciri, fungsi dan sebagainya. Boleh tengok artikel dibawah ini 

https://gilerdeco.com/panasonic-u-series-jet-pump-hadir-dengan-fungsi-keselamatan-berganda/56559/

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Panasonic U Series Jet Pump ini? Layari laman sesawang rasmi Panasonic Malaysia.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down