Renovasi Bilik Air Bajet & Kelihatan Moden Mengikut Kemampuan

5,218 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Renovasi sesuatu bilik air ini sudah semestinya ramai yang ingin melakukannya agar tandas yang ada sekarang ini kelihatan cantik, bersih dan kemas. Namun, untuk melakukan sesuati renovasi tandas ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda perlu terlebih dahulu melihat kemampuan bajet anda.

Jika anda mempunyai bajet yang cukup untuk lakukan renovasi ini, anda boleh mengupah orang atau juga membuat sendiri. Macam yang dikongsikan oleh Nurina Nina ini. Beliau kongsikan hasil akhir renovasi bilik air dirumah beliau yang kelihatan cantik dan modern. Ingin melihat bagaimana hasil sebelum dan selepas renovasi tersebut?

Jom kita lihat perkongsian yang dikongsikan oleh Nurina Nina ini.

Renovasi Bilik Air Ini Diberikan Nafas Baharu & Kelihatan Moden Mengikut Kemampuan

Proses Renovasi Bilik Air Sedang Dilakukan

Proses renovasi ini dimulakan dengan mengetuk kesemua tiles dan juga jubin lantai ini untuk digantikan dengan yang baharu. Proses ini memakan masa juga kerana perlu berhati-hati takut tersalah kena paip utama ataupun paip yang lain.

Renovasi Bilik Air

Hasil Akhir Renovasi Bilik Air Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, akhirnya siap juga renovasi tandas yang dilakukan ini. Renovasi tandas ini dilakukan mengikut kemampuan sahaja. Kalau lebih daripada itu risau bajet tak cukup.

Dekorasi tandas yang dilakukan ini sudah pun cukup cantik dan memadai asalkan tandas dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Renovasi Bilik Air

Untuk bahagian ni saya meletakkan tirai sebegini untuk menjaga privasi.

Disebabkan faktor rumah yang tak seberapa besar ini, washer machine ini termasuk didalam bilik air sekali.

Renovasi Bilik Air

Kredit : Nurina Nina

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down