Renovasi Dapur Moden Menggunakan Kitchen IKEA

24,917 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki dapur yang baru dan cantik memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Terutamanya untuk golongan suri rumah yang sentiasa berada di dapur.

Dengan adanya dapur yang cantik dan baru, suri rumah akan lebih bersemangat untuk memasak dan melakukan kerja-kerja dapur. Keceriaan dan keterujaan itu dapat dilihat dari wajah suri rumah ini yang bernama Wan NurFatin Farhana. Renovasi dapur moden yang dihasilkan ini dengan menggunakan konsep kitchen IKEA sangat kelihatan menarik.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar proses ubahsuai yang dikongsikan olehnya ini.

Renovasi Dapur Moden Kitchen IKEA

Keadaan dapur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan gaya moden.

Dapur Moden

Gambar semasa dapur lama dibuang untuk ditukarkan dengan dapur gaya baru.

Renovasi Dapur Moden

Keadaan dapur semasa dalam proses pengubahsuaian dilakukan.

Dapur Moden

Kabinet gantung mula dipasang.

Dapur Moden

Pemasangan kabinet gantung sudah hampir siap dilakukan.

Dapur Moden

Keadaan dapur yang sudah hampir siap diubahsuai.

Renovasi Dapur Moden

Keadaan dapur yang sudah hampir 90% siap.

Renovasi Dapur Moden

Keadaan dapur yang telah siap diubahsuai.

Dapur Moden

Bahagian ruang sinki selepas diubahsuai.

Renovasi Dapur Moden

Tempat letak peralatan sudu. Semuanya dibeli dari IKEA

Renovasi Dapur Moden

Kabinet baru yang dibeli dari IKEA dengan susunan barangan keperluan dan peralatan yang cantik dan kemas.

Renovasi Dapur Moden

Keadaan dapur tempat memasak.

Renovasi Dapur Moden

Keadaan dapur ketika sedang memasak.

Renovasi Dapur Moden

Hasil renovasi dapur yang hanya menggunakan dapur IKEA sahaja.

Renovasi Dapur Moden

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca dalam mencari inspirasi untuk merenovasi dapur rumah masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down