Makeover Dapur Buruk Kepada Dapur Kabinet Baru Dari IKEA

12,999 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Macam tidak percaya anda boleh melakukan makeover sebuah dapur yang buruk kembali menjadi baru. Kalau dibiarkan dapur tidak diubah dan dibiarkan begitu sahaja, pasti anda tidak selesa untuk memasak atau melakukan apa-apa kerja dapur.

Seorang lelaki bernama Mohd Sufian Haris sudah tidak tahan dengan dapur beliau yang sebelum ini dan bertekad untuk melakukan makeover dapur buruk tersebut. Dapur tersebut akan digantika dengan kabinet dapur IKEA Knoxhult. Jika anda ingin melihat makeover yang dilakukan, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Ini Makeover Dapur Buruk Menjadi Dapur Kabinet Baru Dari IKEA

Alhamdulillah akhirnya dapat gak buat DIY Dapur comel tuk bidadari saya. Kabinet bajet set dari IKEA dan bahagian deco2 area dapur pula tu wife Rossa Ria la yang punya keje fav colournya pink. Baru ada mood ceria nak masak katanya.

Rupa Dapur Asal Yang Selalu Guna

Sebelum berlakunya makeover ruangan ini, inilah dia gambaran dapur asal kami yang lama. Cuma ada sinki lama dan juga kabinet kayu sahaja untuk letakkan dapur.

Makeover Dapur Buruk

Proses Melakukan Makeover Dapur Yang Buruk Dilakukan

Proses makeover ini dilakukan dengan saya mengosongkan bahagian ruangan dapur ini terdahulu. Bersihkan bahagian tersebut untuk pastikan ia bersih sebelum meletakkan kabinet baharu.

Saya beli kabinet dapur daripada IKEA yang bernama IKEA Knoxhult Kitchen kabinet. Slow-slow pasang kabinet tersebut.

Sedikit sahaja lagi proses memasang ini hampir siap. Berpeluh beb buat ni walaupun hanya pasang-pasang sahaja.

Makeover Dapur Buruk

Untuk tujuan rujukan kepada anda semua, inilah rupa kabinet IKEA yang dibeli oleh saya. Bernama Ikea Knoxhult, boleh didapati di kedai IKEA ataupun di Shopee.

Hasil Akhir Makeover Yang Dilakukan 

Inilah dia hasil akhir makeover dapur buruk kami yang sbelum kepada kabinet dapur yang baharu. Amat puas hati walaupun buat sorang-sorang semua ni.

Makeover Dapur Buruk

Untuk bahagian dekorasi dapur ini pula. saya serahkan kepada isteri saya untuk lakukan sebab beliau ingin melakukannya sendiri deko yang bertemakan warna pink.

Banyak peralatan dapur habis dibelikan bertemakan warna pink.

Makeover Dapur Buruk
Makeover Dapur Buruk
Makeover Dapur Buruk

Sumber : Mohd Sufian Haris

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down