Secara umumnya, ramai orang yang berkeinginan untuk mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang asas dalam bidang pertukangan. Sebagai contohnya Jinggo Zaidi di dalam satu perkongsian di laman Facebook beliau berkongsi hasil renovate seluruh rumah yang sangat menarik.
Mempunyai asas dalam bidang pertukangan ini adalah satu keistimewaan untuk melakukan kerja penyelenggaraan di dalam rumah sendiri tanpa memanggil atau mengupah orang luar. Menurut perkongsiannya, beliau mampu renovate dan makeover rumah hanya berpandukan ilmu di platform YouTube sahaja!
Sungguh menarik dan ramai netizen memujinya dan kagum dengan hasil yang beliau kongsikan. Berkat mendengar kata isteri dan sabar demi menyiapkan rumah untuk memberikan keselesaan kepada keluarga tercinta, maka inilah hasilnya sebelum dan selepas renovate. Jom kita lihat transformasi rumah beliau sekeluarga.
Antara kerja gila yang pernah aku buat time PKP hari tu. Semua belajar dari YouTube je. Teringin nak renovate tapi bajet ciput je.
Asal nak pecahkan toilet je, sekali ikut cakap isteri jadi satu rumah aku pecahkan. Masalah yang aku hadapi terpaksa buat sorang2 pasal time PKP sehingga kena serbu juga lah dengan pihak polis, nasib baik aku sorang je dalam rumah tu.
Rumah kecil, 15k pun tak sampai. Barang banyak beli dari shopee dan lazada. Memang murah banyak.
Proses Memecah Jubin Lantai Yang Lama Di Ruang Dapur Dan Pemasangan Jubin Baru
Proses Mengecat Pada Ruangan Atas Di Bahagian Dapur Dan Laluan Ke Bilik
Nak bagi nampak cantik, pemilihan warna bertemakan warna putih ini menjadi pilihan kami.
Proses Pemasangan Backsplash Di Ruang Dapur
Ramai yang membuat backsplash. Jadi, teringin juga nak buat backsplash kat rumah sendiri di dapur.
Gambaran Sebelum Dan Selepas Hasil Renovasi Keseluruhan Rumah Yang Dilakukan
Ruangan Dapur
Inilah dia rupa keadaan dapur sebelum renovasi dilakukan. Tengok sebelum dan selepas jauh terus beza.
Bahagian Ruang Tamu
Nasib ruang tamu nampak kosong jadi memudahkan kerja untuk lakukan dekorasi pada ruang ini mengikut kesukaan mereka.
Ini merupakan gambar laluan daripada ruang tamu nak ke bilik masing-masing.
Bahagian Ruang Makan
Ruang makan juga perlulah cantik agar nak makan sekali pun rasa tenang jer.
Bahagian Ruang Tandas
Saiz tandas kekal macam tu sahaja namun perubahan rupa perlu dilakukan.
Kredit : Jinggo Zaidi