Proses ubahsuai rumah untuk persiapan menyambut bulan Ramadan dan Syawal sudah pasti memakan masa yang agak lama juga bagi menghasilkan dekorasi dan konsep rumah gaya baru.
Jika pemilik rumah hanya melakukan dekorasi pada bahagian dalaman rumah sahaja, mungkin tempoh penghasilannya tidak begitu lama. Namun, untuk ubahsuai secara keseluruhan, ia memerlukan masa yang agak lama.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Sopi Maziah. Beliau menyatakan tempoh siap renovasi rumahnya lebih kurang sebulan juga.
Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikut proses ubahsuai rumah raya yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Sempat renovation rumah sebelum puasa yang mengambil masa lebih kurang sebulan.
Macam-macam kenangan sebelum siap rumah ini. Sementara nak siap, terpaksa pindah ke homestay.
Siap pakej kena kuaratin lagi disebabkan covid19. Seminggu kontraktor tu hairan mana tuan rumah tak datang jenguk.
Tapi alhamdulillah, akhirnya selesai juga. Jadi la kan dah tinggal rumah sendiri selama 11 tahun baru merasa nak renovation rumah, rezeki anak-anak. Lepas ni pelan-pelan deco bagi lagi kemas
Bahagian dapur sebelum di ubahsuai.
Dapur selepas di ubahsuai.
Tempat letak dapur gas sebelum di ubahsuai.
Tempat letak dapur gas selepas di ubahsuai.
Ruang sinki sebelum di ubahsuai.
Ruang sinki selepas di ubahsuai.
Ruang laundry sebelum di ubahsuai.
Ruang laundry selepas di ubahsuai. Beliau memilih untuk menambah bilik air di belakang.
Bahagian dinding dan bumbung sebelum ini hanya menggunakan berzink.
Kemudian ia diubahsuai dengan pemasangan siling pada bahagian bumbung.
Bilik ke-4 sebelum di ubahsuai.
Hasil selepas di ubah suai. Bilik ke-4 ini dipecahkan untuk buat ruang anak-anak.
Bilik air utama semasa dalam proses ubah suai.
Bilik air utama setelah selesai di ubah suai.
Pintu masuk bilik air utama.
Bahagian ruang makan, simple sahaja sebab beliau tak sempat nak kemaskan lagi.
Laluan ke bilik sebelum diubah suai.
Laluan ke bilik selepas diubah suai. Beliau letak sliding untuk pisahkan ruang tamu.
Gambar penuh ruang tamu.
Pagar rumah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.