Renovasi Rumah Kayu Lama Agar Kembali Nampak Cantik

13,750 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila kita sudah lama duduk di rumah sewa selama hampir 14 tahun, mesti kita akan menganggap sebagai rumah kita sendiri kan? Tambahan pula, apabila banyak kenangan yang dilakukan bersama sewaktu berada dirumah tersebut.

Juliana Johari yang sudah berada didalam rumah tersebut telah membeli rumah itu dengan harga yang murah. Nak beli rumah batu namun mahal. Jadi, beliau membeli rumah kayu tersebut dan tekad untuk melakukan renovasi rumah tersebut. Ingin tengok hasil sebelum dan selepas renovasi dilakukan? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Pasangan Ini Berganding Bahu Dalam Melakukan Renovasi Rumah Kayu Lama Agar Nampak Baharu

Dulu kami hanya menyewa di rumah ini dah lebih 14 thun. Kami 5 beranak berteduh disini. Alhamdulillah Allah bagi rzeki untuk kami beli rumah ni. Nakk beli rumah batu sekarag ni mahal. So kite renovate sikit supaya nampak cantik & kemas.

90% rumah ni air tangan suami saya. Dia yang banyak bagi idea. Lagipun ni permintaan arwah anak saya nak cantik2kan rumah katanye.

Kami cuba tunaikan setakat termampu. Arini 26hb genap 2 tahun dia pergi tinggalkan kami. Al-fatihah buat ank syurga umie abah.

Renovasi Rumah Kayu Yang Sedang Dilakukan

Proses renovasi rumah ini sedang dilakukan dengan membuang kayu penghadang ini untuk tujuan agar bahagian rumah ini nampak luas.

Renovasi Rumah Kayu

Proses membaik pulih kawasan dan dinding kayu juga dilakukan, Saya jika kayu ini tidak dijaga dan membazir jika dibuang.

Renovasi Rumah Kayu

Hasil Dekorasi Rumah Kayu Yang Cantik Selepas Proses Renovate

Inilah dia hasil selepas proses ubahsuai dilakukan. Disebabkan sekarang zaman moden, jadi tidak salahkan apabila dalaman sesebuah rumah kayu lama di deko dengan design yang moden.

Set meja dan kerusi ni saya beli online. Rekabentuknya sangat simple dan menarik. Harga juga sangat berpatutan dan sesuai untuk anda mencari set meja makan bajet.

Renovasi Rumah Kayu
Renovasi Rumah Kayu

Pandangan apabila anda masuk kerumah saya ini 😊

Sumber : Juliana Johari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down