Renovasi Rumah Lama Terbiar Menjadi Mahligai Impian

10,616 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan satu renovasi rumah merupakan satu perkara yang sangat jarang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana renovasi rumah terutama rumah lama terbiar memakan masa dan juga duit yang banyak. Namun, apabila selesai renovasi ianya pasti akan nampak cantik.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari rumah lama atau rumah terbiar. Macam yang dilakukan oleh Nursabrina Zahari ini. Beliau telah melakukan renovasi terhadap rumah lama terbiar. Hasilnya memang menakjubkan selepas renovasi selesai.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana renovasi ini berjaya mengubah sesuatu rumah lama terbiar kepada mahligai impian. Jom kita tengok perkongsian daripada Nursabrina Zahari ini.

Renovasi Rumah Lama Terbiar Kepada Teratak Mahligai Impian

Rumah lama terbiar direnovasikan menjadi salah sebuah teratak mahligai impian. Disini saya kongsikan hasil sebelum dan selepas renovasi tersebut dilakukan.

Harap semua mendapat inspirasi. Mana tau lepasni ada yang nak membuat renovate rumah nanti. Hehe

Keadaan Rumah Sebelum Renovasi Dilakukan

Bahagian dalaman rumah dah macam apa dah ni. Simen banyak yang pecah dan kotor.

renovasi rumah lama terbiar

Ruangan pintu masuk kedalam rumah tersebut

Ruangan tandas, bilik mandi dan juga bilik tidur. Nampak macam ribut dah melanda kawasan tersebut.

renovasi rumah lama terbiar

Bahagian didalam bilik rumah tersebut. Nasib bersih dan tiada kerosakkan serius.

Dibawah ini merupakan bahagian di dapur.

renovasi rumah lama terbiar

Bahagian keliling rumah. Penuh dengan akar yang banyak menjalar dan daud-daud liar yang tumbuh disekitar rumah ini.

Keadaan Rumah Terbiar Selepas Di Renovasi

Keadaan di bahagian ruang tamu. Kami letakkan meja pada bahagian ini kerana ruangan dapur kecil sahaja.

renovasi rumah lama terbiar

Bahagian ruang bilik mandi dan juga tandas telah direnovasi dengan baik bertemakan putih dan hitam.

renovasi rumah lama terbiar

Ruang pintu hadapan.

Ruangan didalam bilik tidur dan juga bilik tetamu.

renovasi rumah lama terbiar

Ingat lagi dimana keliling rumah ada banyak daun-daun liar yang menjalar? Ini dia selepas kami buang semua daun tersebut. Kami letak mozek pada bahagian tersebut.

renovasi rumah lama terbiar

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi daripada renovasi yang dilakukan oleh Nursabrina Zahari ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Nursabrina Zahari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down